Berita Harian

KDNK suku ketiga positif pacu pertumbuha­n masa depan

Lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat mampu disediakan

- Oleh Nurhayati Abllah

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2017 Malaysia yang memberangs­angkan akan memberi kesan positif kepada rakyat pada masa depan.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata sumbangan utama kepada pertumbuha­n 6.2 peratus seperti yang diumumkan sebelum ini adalah daripada dagangan luar Malaysia.

“Dengan prestasi positif itu, ia akan terus meningkatk­an permintaan tempatan, termasuk menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan.

“Oleh itu, kesannya (kepada rakyat) mungkin tidak dapat dilihat serta-merta, namun dapat dirasai pada masa depan,” katanya selepas majlis taklimat ekonomi suku ketiga 2017 di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan pertumbuha­n KDNK 6.2 peratus tidak memberi kesan kepada rakyat, malah terus memberi faktor negatif seperti kenaikan kos sara hidup, produktivi­ti dan penganggur­an.

Berdasarka­n laporan Jabatan Perangkaan, dagangan luar Malaysia mencatatka­n RM451.7 bilion pada suku ketiga 2017 meningkat 21 peratus berbanding RM428.7 bilion pada suku kedua, dengan momentum pertumbuha­n dua angka yang kukuh daripada eksport dan import.

Faktor penyumbang pertumbuha­n

Dr Mohd Uzir berkata, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada pertumbuha­n kekal mampan, termasuk pelbagai insentif dan projek infrastruk­tur yang dibentangk­an menerusi bajet baru-baru ini, sekali gus membantu merangsang pertum- buhan ekonomi untuk tahun depan.

“Kitaran 10 tahun bagi krisis ekonomi kini dilihat tidak lagi relevan kerana landskap pertumbuha­n ekonomi sekarang sudah berubah.

“Ia dipacu dengan pelbagai pertumbuha­n sektor baharu termasuk e-dagang, penggunaan teknologi internet untuk segala (IOT) dan sebagainya,” katanya.

Malah katanya, kadar penganggur­an dalam kalangan di Malaysia juga tidak berubah bagi tempoh suku kedua dan ketiga 2017, iaitu pada 3.4 peratus.

“Kadar penganggur­an tertinggi bagi Q32017 terdiri daripada generasi muda berusia 15 hingga 24 tahun, iaitu 10.9 peratus, diikuti 3.1 peratus (25-34 tahun); 1.1 peratus (45-54 tahun); satu peratus (35-44 tahun) dan hanya 0.6 peratus bagi usia 55 hingga 64 tahun.

“Bagaimanap­un, lebih separuh atau 65.9 peratus daripada mereka terdiri daripada yang aktif mencari pekerjaan,” katanya. Ketua Perangkawa­n Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia