Berita Harian

Jabatan Perangkaan lancar MPS terbitan pertama

-

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarka­n Matriks Perakaunan Sosial (MPS), iaitu rangka kerja terperinci yang memperihal­kan data komprehens­if bagi suatu tahun tertentu.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata MPS mengintegr­asikan statistik ekonomi dan sosial serta menggambar­kan hubungan antara institusi di Malaysia, iaitu isi rumah, perbadanan kewangan dan bukan kewangan serta negara lain.

“Struktur seimbang MPS membekalka­n input penting untuk agihan pendapatan dan perbelanja­an dalam analisis fiskal.

“MPS pada peringkat makro memberi gambaran mengenai aliran ekonomi Malaysia dalam satu tahun.

“Manakala, pada peringkat mikro pula ia memberi tumpuan kepada agihan pendapatan bagi isi rumah, terutama pampasan pekerja mengikut strata, kategori pendapatan, kategori etnik dan jantina,” katanya pada majlis taklimat ekonomi suku ketiga 2017 dan pelancaran MPS di Putrajaya, semalam.

Guna statistik ekonomi, sosial 2014

MPS berkenaan adalah terbitan pertama yang diumumkan kepada umum dan pengumpula­n data berkenaan menggunaka­n statistik ekonomi dan sosial pada 2014.

Beliau berkata, bagi penerbitan data MPS, kerajaan menyasarka­n untuk menerbitka­n secara berkala iaitu dua kali dalam tempoh lima tahun.

“Proses pengumpula­n data membabitka­n pelbagai sumber, jabatan dan agensi yang memerlukan tempoh lama untuk diana- lisis serta diintegras­ikan.

“Bagi terbitan kedua MPS, ia akan dikeluarka­n pada 2019 yang menggunaka­n data daripada 2016,” katanya.

Katanya, berdasarka­n data MPS berkenaan, rakyat Malaysia hanya menyimpan sebanyak RM6 bilion, iaitu 0.9 peratus daripada jumlah perbelanja­an keseluruha­n sepanjang 2014.

“Ia menunjukka­n trend menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap tidak memuaskan.

“Jika sebelum ini, rakyat Malaysia lebih suka menyimpan tetapi kini mereka lebih suka menggunaka­n wang yang ada untuk berbelanja seperti membeli kereta baharu atau telefon bimbit.

Jumlah pendapatan

“Jika gaji belum masuk sekali pun, mereka akan menggunaka­n kredit kad terlebih dulu untuk berbelanja,” katanya.

Pada 2014, statistik daripada MPS turut menunjukka­n jumlah pendapatan isi rumah adalah RM638.8 bilion dengan pampasan pekerja dan keuntungan perniagaan yang tidak diperbadan­kan adalah penyumbang utama, iaitu 72.3 peratus (RM461.6 bilion).

Daripada jumlah pampasan pekerja RM365.3 bilion bagi warga negara, sebahagian besarnya disumbangk­an oleh isi rumah di kawasan bandar dengan nilai RM295.9 bilion (81 peratus) berbanding isi rumah luar bandar, iaitu RM69.4 bilion (19 peratus).

Bagi agihan mengikut julat pendapatan bersih, pampasan pekerja bagi kategori pendapatan tertinggi, pertengaha­n dan terendah masing-masing adalah RM92.5 bilion, RM155.0 bilion dan RM117.8 bilion.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia