Berita Harian

Pertumbuha­n ekonomi Thailand perlahan

Perlaburan swasta, perbelanja­an awam lebih tinggi diperlukan untuk kekal kemampanan

-

Pertumbuha­n ekonomi Thailand yang perlahan adalah disebabkan permintaan domestik rendah serta penangguha­n pembanguna­n projek infrastruk­tur yang besar.

Pada kadar tahunan, ekonomi Thailand berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga, peningkata­n terbaik sejak suku pertama 2013, demikian menurut Lembaga Pembanguna­n Ekonomi dan Sosial Negara.

Ia sekali gus mengatasi undian penengah Reuters, iaitu 3.8 peratus dan juga mengatasi unjuran tertinggin­ya. Pertumbuha­n tahunan bagi April hingga Jun disemak semula kepada 3.8 peratus, daripada 3.7 peratus.

Pertumbuha­n suku tahunan

Mengikut suku tahunan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 1.0 peratus, diselarask­an pada Julai hingga September.

Ia mengatasi 0.75 peratus yang dicatatkan menerusi unjuran undian Reuters, namun masih berada paras lebih rendah berban- ding tempoh sebelumnya, yang disemak semula daripada 1.4 peratus kepada 1.3 peratus.

“Momentum pertumbuha­n mula perlahan, namun, kekal kukuh untuk tiga suku berturut-turut,” kata ahli ekonomi Tisco Securities, Charnon Boonnuch.

Katanya, pertumbuha­n suku tahunan dijangka berkuranga­n dalam tempoh akhir tahun, tetapi prospek 2018 dilihat masih kukuh.

Agensi perancanga­n itu mengkaji semula ramalan pertumbuha­n 2017 kepada 3.9 peratus daripada 3.5 hingga 4.0 peratus yang dicapai pada Ogos, dan meramalkan paras 2018 pada 3.6 hingga 4.6 peratus.

Eksport tahun ini dilihat meningkat 8.6 peratus berbanding 5.7 peratus, walaupun nilai baht berada pada paras paling dalam tempoh dua tahun. Pada suku ketiga, eksport melonjak 12.5 peratus.

“Permintaan luar menyumbang kepada peningkata­n ekonomi. Bagaimanap­un, kerajaan menjangkak­an pertumbuha­n eksport sederhana kepada 5.0 peratus tahun depan,” kata ANZ.

Pelaburan awam merosot

Perbelanja­an penggunaan kerajaan meningkat 2.8 peratus pada Julai hingga September tahun lalu, namun jatuh 4.1 peratus sejak tiga bulan lalu.

“Pelaburan awam merosot 2.6 peratus pada tahun ini disebabkan penangguha­n beberapa projek pelaburan,” kata Pengerusi NESDB, Porametee Vimolsiri.

Katanya, perbelanja­an pelaburan awam dijangka meningkat 11.8 peratus tahun depan daripada 1.8 peratus yang diunjurkan tahun ini, kerana lebih banyak projek bernilai lebih 300 bilion baht (RM38.05 bilion) berada dalam proses pembidaan.

“Kami yakin pertumbuha­n pada suku keempat kekal tinggi, membuatkan kadar pertumbuha­n tahun ini berada pada 3.9 peratus menghampir­i 4.0 peratus tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia