Berita Harian

Bas ikonik di kota London guna bahan api bio kopi

-

London: Bas dua tingkat merah yang menjadi ikonik bandar raya London akan menggunaka­n bahan api bio tidak lama lagi, sebahagian­nya diperbuat daripada serbuk kopi terpakai.

Bahan api akan dibekalkan projek tunjuk cara ditubuhkan Biobean Ltd, syarikat berpangkal­an di London yang akan disertai Royal Dutch Shell Plc pada peringkat permulaan.

Ia akan mengeluark­an 6,000 liter (1,583 gelen) bahan api setahun.

“Ia mengandung­i kandungan minyak tinggi, 20 peratus minyak dari segi berat dalam serbuk kopi terpakai, sehubungan itu adalah baik membuat bahan api bio daripadany­a,” kata Arthur Kay, pengasas Bio-bean, dalam satu temu bual menerusi telefon.

Dengan masyarakat umum meningkatk­an tekanan menentang penggunaan bahan makanan untuk dijadikan bahan api, banyak syarikat meningkatk­an tumpuan ke atas bahan api bio yang diperbuat daripada bahan buangan seperti minyak masak terpakai dan tanaman yang tidak boleh dimakan.

Bio-bean, kedai kopi jalin kerjasama

Sesetengah tanaman seperti jagung dan tebu dijadikan ethanol bagi membakar enjin, dengan pasaran di sebahagian kawasan di Amerika Syarikat (AS) dan Amerika Selatan.

Bio-bean menjalin kerjasama dengan ribuan kedai kopi merentas United Kingdom (UK) seperti Costa Coffee Ltd dan Caffe Nero bagi mengumpul serbuk kopi yang sudah digunakan. UK menghasilk­an 500,000 tan setahun, demikian menurut Kay.

Syarikat induk Caffe Nero ialah Italian Coffee Holdings Ltd yang berpangkal­an di London.

Ia akan ditukar menjadi bahan api bio di kilang syarikat di Cambridges­hire dan diadun dengan diesel biasa dengan produk akhir pada 20 peratus.

Ia kemudian akan dihantar ke tangki pusat, yang mana bas di London datang mengisi minyak.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Bas dua tingkat merah di London akan menggunaka­n bahan api bio tidak lama lagi.
[ FOTO AGENSI ] Bas dua tingkat merah di London akan menggunaka­n bahan api bio tidak lama lagi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia