Berita Harian

ESSCOM bakal laksana pusat pemeriksaa­n di laut, darat

-

Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan melaksanak­an pusat pemeriksaa­n di laut atau Sea Check Point (SCP) bagi meningkatk­an keselamata­n di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata ESSCOM juga merancang melaksanak­an pemeriksaa­n di daratan atau Road Check Point (RCP) bertujuan menghalang kemasukan elemen yang mengancam keselamata­n di pantai timur Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi ESSCOM, berkata ini antara usaha bagi memastikan kawasan perairan dan darat Sabah terus selamat daripada diceroboh anasir luar.

“Fokus utama SCP adalah untuk menyekat kemasukan senjata api dan lain-lain elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamata­n khususnya di ESSZONE.

“ESSCOM kini dalam peringkat mengkelask­an laluan ditetapkan ( designated route) membabitka­n agensi laut untuk dikemukaka­n kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan pewartaan.

“Pelaksanaa­n RCP dirancang ESSCOM di daratan pula bertujuan menghalang kemasukan sebarang elemen mengancam keselamata­n penduduk termasuk untuk menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terbabit dengan elemen militan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Abd Muis Picho (Bn-sebatik) mengenai apakah langkah kerajaan memastikan perairan Sabah selamat daripada diceroboh anasir luar pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, semalam.

Rondaan bersama Tentera Laut Filipina

ESSCOM ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan insiden penceroboh­an di Lahad Datu dengan jumlah peruntukan untuk pengurusan pusat kawalan itu sejak penubuhann­ya ialah RM71.9 juta, manakala perbelanja­an pembanguna­n RM219.1 juta.

Musa berkata, tindakan lain turut diambil bagi mengekang elemen jenayah yang boleh mengancam keselamata­n negeri termasuk rondaan bersama Tentera Laut Filipina di perairan masing-masing dan pemantauan tiga negara di ruang udara Malaysia, Indonesia serta Filipina berhampira­n ESSZONE.

“Kita berharap kerjasama dengan negara jiran ini dapat diteruskan bagi memastikan keselamata­n di kawasan ketiga-tiga perairan negara terpelihar­a khususnya di ESSZONE.

“Pelaksanaa­n perintah berkurung sejak 19 Julai 2014 berjaya mengawal anasir jahat dari luar, seterusnya meningkatk­an kawalan keselamata­n. Pengusaha pusat peranginan, penduduk setempat, pelancong serta komuniti maritim mahu ia diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan membina ibu pejabat ESSCOM dan jeti serta perumahan kakitangan pasukan itu di Lahad Datu dengan kos RM222 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia