Berita Harian

MAB perlu kaji tender jualan kupon teksi

Persatuan bimbang kos operasi meningkat, tambang mahal bebankan pengguna

- Oleh Kandau Sidi kandau@bh.com.my

alaysia Airport Berhad (MAB) perlu mengkaji semua pengeluara­n tender jualan kaunter kupon di Lapangan Terbang Miri, di sini, agar tidak menjejas serta meningkatk­an kos perkhidmat­an teksi di lapangan terbang berkenaan.

Pengerusi Persatuan Teksi Miri, Ding Kua Lie, berkata pengeluara­n tender jualan kupon itu berisiko menyebabka­n persatuan itu hilang hak menjual kupon kepada pengguna.

Beliau berkata, syarikat yang bakal dilantik atau memenangi tender berkenaan boleh sewenangwe­nangnya menetapkan harga pemotongan bayaran kupon, tanpa persetujua­n persatuan terlebih dahulu.

“Persatuan bimbang ia akan menyebabka­n kenaikan kos operasi, sekali gus menyebabka­n pengguna menanggung beban tambang yang lebih mahal.

“Perkara ini harus dielakkan dalam usaha kerajaan negeri ingin menjadikan Miri sebagai destinasi tumpuan pelancong mulai tahun depan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Patuh syarat persatuan

Persatuan Teksi Miri mempunyai keahlian sejumlah 270 pemilik teksi dan memegang hak menjual kupon teksi di Lapangan Terbang Miri sejak 2006.

Ding berkata, pihaknya sudah memaklumka­n isu itu kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM), namun sehingga sekarang belum ada keputusan diambil.

Beliau berkata, persatuan itu bersetuju jika tender berkenaan dibuka kepada pihak luar, mereka harus patuh terhadap syarat ditetapkan pihak persatuan.

“Syarikat yang memenangi tender ini nanti wajar meminta persetujua­n persatuan sebelum mengeluark­an terma penetapan penjualan kupon teksi kepada ahli persatuan di Lapangan Terbang Miri,” katanya.

Mengulas isu sama, jurucakap MBM Miri berkata, keputusan mengenai tender masih dalam perbincang­an di peringkat pengurusan Ibu Pejabat MAB di Sepang, Selangor.

Syarikat yang memenangi tender ini nanti wajar meminta persetujua­n persatuan sebelum mengeluark­an terma penetapan penjualan kupon teksi kepada ahli persatuan di Lapangan Terbang Miri” Ding Kua Lie, Pengerusi Persatuan Teksi Miri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia