Berita Harian

1,000 dijangka sertai larian SAGA Ahad ini

-

Sandakan: Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) menyasarka­n sehingga 1,000 peserta menyertai acara larian sempena Sukan Sabah (SAGA) edisi kelapan, Ahad ini.

Larian sejauh 10 kilometer itu bermula dari dataran MPS melalui lebuh raya Simsim, Hospital Duchess of Kent, Sekolah Menengah Sung Siew sebelum berakhir di dataran MPS.

Timbalan Presiden MPS, Mohd Hamsan Awang Supain, berkata selain menjadi pengisian acara sukan itu, larian berkenaan juga sebagai langkah mempromosi SAGA tahun ini dengan Sandakan sebagai tuan rumah.

Katanya, ia menggalakk­an cara hidup sihat terutama dalam kalangan generasi muda serta membabitka­n semua peringkat masyarakat.

Galak gaya hidup sihat

“Kita yakin mampu menarik penyertaan orang ramai kerana acara larian sebegini sudah menjadi aliran masyarakat yang mahu mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya dalam sidang media di Wisma MPS, di sini, semalam.

Mohd Hamsan berkata, larian itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan penyertaan adalah percuma dan tidak dipertandi­ngkan yang mana semua peserta menamatkan larian layak diberi sijil serta pingat.

Acara larian bermula jam 7 pagi itu dijangka disempurna­kan Presiden MPS, Datuk James Wong dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Awang Damit Awang Anak.

Orang ramai yang berminat menyertai acara larian itu boleh menghubung­i talian 089224651 atau 089223667.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia