Berita Harian

Lelaki terbabit sindiket curi motosikal diberkas

-

Sibu: Licik memadam nombor casis pada rangka motosikal yang dicuri antara modus operandi sindiket curi motosikal yang berjaya dipatahkan hasil serbuan sepasukan anggota polis di sebuah rumah di Jalan Wong King Huo, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata dalam serbuan pada jam 2.50 petang itu, seorang lelaki berusia 25 tahun diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (D4).

Padam nombor casis

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati, ada beberapa rangka dan komponen motosikal yang disyaki barang curi. Rangka dan komponen berkenaan diletakkan di bahagian belakang kediaman berkenaan.

“Suspek juga dikatakan cuba memadamkan bukti barangan curi itu apabila nombor casis pada rangka motosikal terbabit juga telah diganggu dan menyebabka­nnya tidak dapat diperiksa. Hasil penangkapa­n suspek, pihak polis akan menjejaki beberapa lagi individu yang disyaki turut bersubahat,” katanya di sini.

Antara ditemui dan dirampas pada serbuan itu termasuk tiga rangka motosikal pelbagai jenis, dua unit allen key yang telah diubah suai, topi keledar dan beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan.

Gagal beri penjelasan munasabah

Zailanni ketika mengulas lanjut, berkata suspek berkenaan gagal memberi penjelasan munasabah terhadap rangka dan komponen motosikal yang ditemui.

“Pihak forensik sudah dimaklumka­n mengenai kes berkenaan dan mereka akan membuat proses etching pada rangka motosikal dirampas bagi mengenal pasti pemilik motosikal itu.

“Tangkapan suspek dan rampasan barang kes disiasat mengikut seksyen 37(1) Ordinan Kesalahank­esalahan Kecil 1957. Suspek juga akan direman bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut, sebelum ditangkap semula mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA / BH ] ?? Anggota polis memeriksa rangka dan komponen motosikal curi yang dileraikan di sebuah rumah di Jalan Wong King Huo, Sibu, kelmarin.
[ FOTO HARUN YAHYA / BH ] Anggota polis memeriksa rangka dan komponen motosikal curi yang dileraikan di sebuah rumah di Jalan Wong King Huo, Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia