Berita Harian

Projek rumah kos rendah di Pekan Baharu Sukau

Cadangan akan dikemuka LPPB dalam kajian separuh penggal RMKE-11

- Oleh Suzianah Jiffar dan Ryan Stanley

Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah menerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) merancang membina rumah kos rendah di Pekan Baharu Sukau, membabitka­n kawasan seluas 14 hektar.

Pembantu Menterinya, Datuk Zakaria Edris, berkata cadangan program pembanguna­n rumah kos rendah itu akan dikemukaka­n dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke11 (RMKE11) yang akan datang.

“Kita memang mempunyai rancangan membina rumah kos rendah di Pekan Baharu Sukau. Program pembanguna­n ini akan diselarask­an dengan program pembanguna­n jabatan atau agensi kerajaan lain di pekan berkenaan.

“Kerajaan mengalualu­kan cadangan pembanguna­n peru mahan awam sama ada kos rendah atau mampu milik di Pekan Baharu Sukau.

Bina rumah mampu milik

“Pembabitan lainlain agensi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) amat digalakkan oleh kementeria­n.

“Cadangan pembanguna­n perumahan di kawasan ini boleh dikemukaka­n kepada pihak kementeria­n untuk pertimbang­an dan kelulusan,” katanya menjawab soalan Datuk Saddi Abdul Rahman (Bnsukau) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Beliau menjawab soalan adakah LPPB atau agensi pembanguna­n perumahan mampu milik yang lain seperti SPNB dan PR1MA bercadang membina rumah kos rendah di Pekan Baharu Sukau.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, LPPB mempunyai cadangan pembanguna­n perumahan mampu milik secara usaha sama dengan pemaju swasta dan diharap dapat dilaksanak­an dalam masa terdekat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia