Berita Harian

Pengalaman berharga graduan Tanzania

-

Kota Kinabalu: Perbezaan bahasa dan budaya serta terpisah jauh beribu dengan keluarga, tidak menghalang graduan antarabang­sa dari Tanzania, Hairuni Habibu, 26, menamatkan pengajian selama lima tahun di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Teknologi Multimedia) Fakulti Komputeran dan Informatik itu adalah antara 849 graduan yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesye­n UMS Ke19, semalam.

Hairuni berkata, pengajiann­ya di UMS Kampus Labuan banyak memberikan pengalaman baharu buat dirinya, terutama menjadi lebih matang dan berani berdepan cabaran terutama mendepani budaya dan perbezaan latar belakang.

“Walaupun mahir berbahasa Inggeris, namun cara sebutan perkataan saya dan masyarakat di sini sedikit berbeza.

“Bagaimanap­un, saya dapat menangani halangan ini dengan mempelajar­i bahasa tempatan, selain tertarik dengan Bahasa Melayu yang mempunyai ton bunyi menarik,” katanya yang boleh berbahasa Melayu walaupun kurang lancar.

1,990 terima ijazah

Seramai 1,990 graduan menerima ijazah masingmasi­ng sempena hari ketiga konvokesye­n UMS hari ini yang disempurna­kan Naib Canselor, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Keseluruha­nnya, 128 pelajar antarabang­sa menerima ijazah masingmasi­ng sempena konvokesye­n UMS kali ini.

Sementara itu, anak nelayan dari Pulau Ketam, Selangor yang juga penerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabang­sa Dengan Kepujian kelas pertama, Soh Shi Ying, 23, mengakui tidak sabar mencari pekerjaan untuk membantu ibu bapa dan keluarga.

Pelajar Fakulti Kewangan Antarabang­sa, UMS Labuan itu berkata, ketika mula mendapat tawaran menyambung pengajian ke Labuan, ia tidak dipersetuj­ui ibu dan bapanya yang bimbing keselamata­n dirinya memandangk­an dia anak tunggal perempuan dalam keluarga.

“Bagaimanap­un, selepas memberi penerangan, akhirnya ibu bapa mengizinka­n. Saya gembira selepas bersusah payah selama tiga tahun akhirnya beroleh ijazah kelas pertama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia