Berita Harian

Ayam serama jana pendapatan lumayan

-

Kuching: Fenomena memelihara ayam serama masih segar dalam kalangan penduduk luar bandar dengan ada yang sanggup berbelanja RM12,000 bagi membeli seekor ayam serama.

Pemelihara ayam serama, Rudiman Mazlan, 41, dari Semariang Aman, Petra Jaya, atau lebih dikenali sebagai ‘Man K’ mengakui ayam serama masih mendapat tempat kerana keunikan dan kecantikan­nya.

“Saya kini memelihara 200 ayam serama. Pada mulanya ia dibuat sebagai hobi sematamata, namun kerana permintaan tinggi, saya menukarkan­nya sebagai sumber pendapatan yang agak lumayan.

“Ketika ini, saya menjual King 650 pada harga RM4,000 yang menjadi juara pada pertanding­an ayam serama di Sadong Jaya dan Naib Juara di Simunjan tahun ini, manakala Fighter Cock yang menjadi juara pertanding­an ayam serama di Simunjan dengan harga RM2,000,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

penentu harga

Rudiman berkata, nilai ayam serama bergantung kepada kemampuan ayam berkenaan bergaya dengan aksi menarik ketika diperagaka­n.

“Boleh dikatakan pendapatan bulanan hasil menjual ayam seramai sekitar RM2,000 dengan setiap ekor baka ayam itu dijual pada harga RM500,” katanya yang juga Penasihat Persatuan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kuchingsri Aman.

Katanya, beliau pernah menjual seekor ayam serama baka terbaik pada harga RM12,000 kepada seorang peminat dari Thailand, manakala seekor lagi kepada peminat dari Indonesia pada harga RM7,000.

“Tidak sangka ada yang sanggup menawarkan harga setinggi itu untuk ayam serama peliharaan saya, syukur kerana ia mampu menampung serba sedikit kehidupan saya selepas bersara dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya.

 ?? [ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] ?? Rudiman menunjukka­n Fighter Cock (kiri) dan Unname miliknya di gerai menjual ayam serama pada Program Muda Hashim Garage Sale 2017, Jalan Kulas, Satok, semalam.
[ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] Rudiman menunjukka­n Fighter Cock (kiri) dan Unname miliknya di gerai menjual ayam serama pada Program Muda Hashim Garage Sale 2017, Jalan Kulas, Satok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia