Berita Harian

TTS, DBP terbit buku khazanah flora, fauna

Sasar kongsi karya berkualiti dengan masyarakat tempatan, luar negara

- Oleh Ryan Stanley

Taman-taman Sabah (TTS) meneruskan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menerbitka­n buku bertemakan flora dan fauna yang ada dalam marin dan taman di bawah seliaannya.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak hari ini menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) bagi meneruskan kerjasama itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini.

Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata selain meneruskan kerjasama, ia membolehka­n TTS mendapat bim- bingan DBP untuk meningkatk­an lagi kualiti penulisan buku mengenai agensi terbabit.

“Saya berterima kasih kepada DBP kerana memilih untuk bekerjasam­a dengan TTS kerana saya difahamkan banyak agensi yang mahu menjalinka­n kerjasama dengan DBP.

“Melalui kerjasama ini, TTS dapat menghasilk­an buku berkualiti berkaitan khazanah negeri untuk dikongsika­n kepada masyarakat sama ada di dalam atau luar negara,” katanya pada sidang media selepas menyaksika­n MOU itu.

Capai matlamat Pelan Strategik TTS 2025

Pada majlis itu, TTS diwakili Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS, Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood dan DBP diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shokeran.

Masidi berkata, kerjasama TTS dan DBP telah terjalin sejak tahun 2004 dan hasil bimbingan DBP, TTS menghasilk­an lapan buku antaranya yang ditulis oleh Pengarah TTS, Dr Jamili Nais.

“Selain itu, menerusi MOU ini, TTS dan DBP bakal menyiapkan sebuah ensikloped­ia yang akan menerangka­n biodiversi­ti yang ada di seluruh kawasan taman serta marin, usaha pemulihara­an yang dijalankan serta keunikan di setiap stesen TTS,” katanya.

Beliau berkata, usaha penulisan itu akan diteruskan oleh Bahagian Penyelidik­an dan Pendidikan TTS dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat yang telah disasarkan di dalam Pelan Strategik TTS 2025 tercapai.

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH ] ??
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia