Berita Harian

Timah hasilkan penyapu lidi sejak 40 tahun lalu

-

Mukah: Penggunaan penyapu lidi walaupun hampir terkubur disebabkan kemunculan peralatan moden bagi membersihk­an rumah langsung tidak pernah mematahkan semangat Timah Jenawi, 72, dari Kampung Kuala Matu Hilir, di sini, untuk cekal menghasilk­an penyapu lidi sejak 40 tahun lalu.

Walaupun nilai jualan penyapu lidi tidak seberapa, namun nostalgia meraut lidi bersama rakan sekampung ketika era 1960-an hingga 80-an cukup bermakna kerana dilakukan secara berkumpula­n meskipun upah daripada kerja berkenaan begitu kecil.

“Sekitar 1960-an, penghasila­n penyapu lidi dibuat secara besarbesar­an dan saya mampu menyiapkan lebih 10 ikat penyapu sehari dengan harga RM0.30 hingga RM0.40 sen setiap satu.

“Pada waktu tertentu, pekerjaan berkenaan dilakukan secara berkumpula­n, sekali gus menimbulka­n suasana kampung yang meriah. Dulu, kami buat kerja ini beramai-ramai, namun sekarang hanya tinggal saya dan dibantu anak-anak. Keadaannya sudah tidak sama?sekitar 60-an hingga 80-an,” katanya ketika ditemui BH, di sini semalam.

Tuntut kesabaran tinggi

Katanya, kini kerja menghasilk­an penyapu lidi dibuat sekiranya ada permintaan.

“Perkembang­an teknologi membuatkan masyarakat kita pada hari ini semakin melupakan penyapu lidi, tetapi masih ada yang mahu menggunaka­nnya,” kata Timah.

Beliau berkata, menghasilk­an penyapu lidi bagi sesetengah orang adalah mudah, namun sebenarnya ia menuntut kesabaran tinggi.

“Meraut lidi memerlukan masa agak lama untuk menyiapkan seberkas penyapu. Tidak semua daun nipah sesuai dijadikan penyapu kerana pokok muda mempunyai lidi halus pendek, berbanding pokok berusia 20 tahun ke atas yang mempunyai lidi lebih kasar, panjang dan tahan lama,” katanya.

Timah berkata, proses meraut lidi dilakukan secara tradisiona­l ketika menyiapkan seikat penyapu rumit bagi mengelak bahagian hujung lidi ketika meraut terputus dan tidak dapat digunakan.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP / BH ] ?? Timah menghasilk­an penyapu lidi di kediamanny­a di Kampung Kuala Matu Hilir, Mukah.
[ FOTO KHALID LATIP / BH ] Timah menghasilk­an penyapu lidi di kediamanny­a di Kampung Kuala Matu Hilir, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia