Berita Harian

Kakitangan perlu isytihar kos percutian

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mensyaratk­an pegawai dan kakitangan­nya mengisytih­ar kos percutian mereka ke luar negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata ia antara usaha syarikat berkenaan bagi membantera­s jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata pengisytih­aran itu bagi mengesahka­n bahawa segala kos percutian ditanggung sendiri oleh pegawai dan kakitangan, bukan oleh mana-mana pihak ketiga.

“Syarat ini dikenakan menerusi pembentuka­n jawatankua­sa bertindak yang dianggotai pelbagai jabatan dalam Prasarana. Ia untuk mengesan pembaziran perolehan serta menyekat pembayaran tidak sah.

Kakitangan janji patuhi perundanga­n

“Semua kakitangan berjanji mematuhi segala perundanga­n, peraturan, prosedur dan dasar berkaitan jenayah rasuah dan salah guna kuasa serta sentiasa bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami juga berikrar untuk membenci dan menolak apa juga bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, tidak akan terbabit secara langsung atau secara tidak langsung dengan kegiatan rasuah,” katanya.

Azmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Integriti 2017 dan Ikrar Bebas Rasuah Prasarana yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Katanya, vendor dan pembekal Prasarana juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika terbabit dalam kesalahan berkenaan selain disenarai hitam menerusi pe- laksanaan Akuan Sumpah yang diperketat­kan.

“Selaras aspirasi memperkasa integriti dalam urusan dan operasi Prasarana, semua vendor dan pembekal dikenakan syarat menghadiri taklimat integriti sekurang-kurangnya sekali.

“Ia bagi memastikan mereka benar-benar memahami hasrat di sebalik menandatan­gani Akuan Sumpah berkenaan.

“Vendor dan pembekal diingatkan supaya sentiasa mematuhi segala dasar dan prosedur ditetapkan Kumpulan Prasarana yang komited inginkan urusan bebas daripada rasuah,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Azmi (tengah) menerima watikah Ikrar Bebas Rasuah daripada Dzulkifli pada Majlis Pelancaran Bulan Integriti 2017 dan Ikrar Bebas Rasuah Prasarana di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir, Ketua Integriti Kumpulan Prasarana Datuk Shaharom Nizam Abd...
[FOTO BERNAMA] Azmi (tengah) menerima watikah Ikrar Bebas Rasuah daripada Dzulkifli pada Majlis Pelancaran Bulan Integriti 2017 dan Ikrar Bebas Rasuah Prasarana di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir, Ketua Integriti Kumpulan Prasarana Datuk Shaharom Nizam Abd...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia