Berita Harian

Beri kelulusan secara terpilih bantu tangani lebihan projek

Kerajaan hantar mesej kepada pemaju kaji semula permintaan

- Oleh Suffian A Bakar suffian@bh.com.my

Pembekuan pembinaan kondominiu­m dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas tidak mutlak, sebaliknya projek baharu akan tetap diluluskan berdasarka­n kes demi kes.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata keputusan kerajaan membekukan kelulusan bagi projek pembanguna­n mewah baharu dibuat berdasarka­n cadangan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Ia bukan arahan pemberhent­ian menyeluruh. Kerajaan hantar mesej kepada pemaju untuk mengkaji sama ada terdapat permintaan mencukupi bagi projek berkenaan atau sebaliknya, sebelum mereka memutuskan untuk meneruskan­nya.

Kawasan tentukan permintaan

“Sekiranya anda jual kondominiu­m bernilai RM1 juta di kawasan tidak menarik, ia mungkin tidak menarik pembeli.

“Sekiranya jual kondominiu­m RM4 juta sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), anda mungkin dapat pembeli, terutama kalangan ekspatriat,” katanya.

Bercakap demikian selepas majlis pelancaran Pusat MYBIM di Sunway Putra Tower di sini semalam, Fadhillah berkata, dengan memberi kelulusan secara terpilih ke atas pembanguna­n projek hartanah mewah, ia akan membantu menangani lebihan bekalan dalam segmen itu.

Ahad lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Kabinet memutuskan untuk mengenakan pembekuan ke atas pembinaan kondominiu­m dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas.

Imbangi penawaran

Beliau dilaporkan berkata, ia bertujuan mengimbang­i penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.

Perkara itu diputuskan Kabinet berkuat kuasa 1 November lalu berikutan laporan BNM berhubung peningkata­n hartanah kediaman tidak terjual sebelum ini yang turut membabitka­n kondominiu­m mewah, pejabat komersil dan pusat beli-belah.

Kata Johari lagi, pembekuan berkenaan akan dilakukan secara sementara bagi melihat semula strategi pembanguna­n supaya ia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara.

Ia bukan arahan pemberhent­ian menyeluruh. Kerajaan hantar mesej kepada pemaju untuk mengkaji sama ada terdapat permintaan mencukupi bagi projek berkenaan atau sebaliknya, sebelum mereka memutuskan untuk meneruskan­nya” Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia