Berita Harian

WIEF tak sentuh isu berkaitan politik, agama

-

Kuching: Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-13 yang berlangsun­g di bandar raya ini meneruskan tradisinya untuk tidak menyentuh isu berkaitan politik dan agama.

Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam, berkata persidanga­n lebih menumpukan kepada perbincang­an perdaganga­n dan perniagaan, selaras matlamat penubuhann­ya.

“Kita akan meneroka lebih banyak peluang perniagaan dengan memberi tumpuan kepada perkembang­an ekonomi digital.

“Ia juga selaras dengan dasar kerajaan Sarawak yang memberi tumpuan kepada ekonomi digital untuk membangunk­an negeri,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Menyambut Ketibaan Delegasi WIEF -13 di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg; Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh dan Setiausaha Agung Yayasan WIEF, Tan Sri Mohd Fuzi Abdul Razak.

Seramai 2,476 delegasi dari 75 negara mengesahka­n penyertaan pada WIEF-13 yang berlangsun­g selama tiga hari hingga Khamis ini.

Musa berkata, pihaknya bersetuju menganjurk­an WIEF di Kuching selepas jemputan daripada Abang Johari, ketika menghadiri WIEF di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

Sarawak hargai

Sementara itu, Abang Johari dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Awang Tengah, berkata Sarawak menghargai kesudian Yayasan WIEF untuk memilih Kuching sebagai lokasi penganjura­n persidanga­n kali ini.

“Sarawak bertuah menerima peserta dan penceramah antarabang­sa untuk berkongsi idea dan pengalaman pada forum ini.

“Sarawak sedang menghadapi transforma­si sosio ekonominya daripada negeri pertanian untuk berubah kepada pembanguna­n ekonomi baharu termasuk minyak dan gas, pertanian komersial, teknologi tinggi dan sektor perkhidmat­an,” katanya.

Kita akan meneroka lebih banyak peluang perniagaan dengan memberi tumpuan kepada perkembang­an ekonomi digital. Ia juga selaras dengan dasar kerajaan Sarawak yang memberi tumpuan kepada ekonomi digital untuk membangunk­an negeri” Musa Hitam, Pengerusi Yayasan WIEF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia