Berita Harian

16 MOU ditandatan­gani

Perjanjian babitkan organisasi dari sektor teknologi, makanan, produk kesihatan

- Oleh Mohd Roji Kawi

Enam belas memorandum persefaham­an (MOU) bernilai AS$2.5 bilion (RM10.37 bilion) dimeterai pada hari pertama Forum Ekonomi Islam Dunia ke-13 (WIEF Ke-13) di sini, semalam.

Nilai terbabit adalah antara yang terbesar pernah dicatatkan sepanjang 13 tahun penganjura­n WIEF.

Sembilan MOU ditandatan­gani bersama organisasi antarabang­sa dari Kanada, China, Amerika Syarikat dan Indonesia, meliputi kerjasama dan usaha sama dalam bidang teknologi, sektor makanan halal dan tenaga.

Antara lain, MOU membabitka­n Sacofa Sdn Bhd dan Indonesia-pt Super Sistem Ultima; Resonic Consultanc­y dan Us-fintech4go­od Group LLC; Noble Fairway Sdn Bhd dan Canada Triwin Holdings Group Ltd; dan perjanjian tiga pihak antara Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Hall Amanie Sdn Bhd serta Persatuan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam hadir menyaksika­n pertukaran MOU itu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Permudah tawaran perdaganga­n

“Perjanjian itu membabitka­n organisasi dari beberapa sektor termasuk teknologi, makanan dan produk kesihatan.

“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, WIEF memudahkan tawaran perdaganga­n dari pelbagai sektor industri dalam kalangan kedua-dua negara Islam dan bukan Islam berjumlah AS$13 bilion (RM53.9 bilion),” kata Yayasan WIEF dalam kenyataan semalam.

Pengarah Urusan SACOFA, Zaid Zaini berkata, melalui MOU itu, kedua-dua syarikat akan bekerjasam­a menggunaka­n rangkaian kabel gentian optik dasar laut yang menghubung­kan Borneo ke Mersing, Johor.

“Kerjasama ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga seluruh Borneo kerana rangkaian kabel bawah laut akan memberikan kemudahan jalur lebar bertaraf dunia ke Asia dan seluruh dunia, terutamany­a Singapura dan Indonesia,” katanya.

 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Pengerusi Kumpulan Pemodalan Nasional Berhad, Tan Sri Wahid Omar (dua dari kiri) memberi ceramah pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Pengerusi Kumpulan Pemodalan Nasional Berhad, Tan Sri Wahid Omar (dua dari kiri) memberi ceramah pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia