Berita Harian

Pusat baharu hasil resolusi WCIT terima dana RM3 juta

-

Ipoh: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n dana permulaan RM3 juta kepada Pusat Keamanan Global Islam dan Tanpa Keganasan ASEAN yang diumumkan penubuhann­ya di sini, semalam.

Penubuhan pusat itu hasil resolusi Persidanga­n Dunia Mengenai Pemikiran Islam dan Peradaban Kali Keempat 2017 (WCIT2017) yang berakhir semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan yang disediakan itu akan membolehka­n pusat berkenaan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan, termasuk kajian bagi mewujudkan keamanan dunia dan aktiviti membantera­s keganasan.

Tolak aktiviti keganasan

“Melalui pusat berkenaan juga kita boleh mewujudkan keamanan dunia bagi menolak sebarang aktiviti keganasan atau aktiviti kekerasan yang berlaku di negara kita.

“Melaluinya juga kita akan berkongsi pengalaman dengan pengamal media hal ehwal keselamata­n dan pertahanan untuk kita timba ilmu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidanga­n Dunia Mengenai Pemikiran Islam dan Peradaban (WCIT) 2017 di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Wacana intelektua­l

Ahmad Zahid berkata, penubuhan pusat kajian itu juga akan membolehka­n kerjasama lebih baik dijalinkan bersama dua lagi pusat berkaitan sedia ada, iaitu Pusat Pintas Mesej Serantau yang dikendalik­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Pusat Keamanan Raja Salman yang diumumkan penubuhann­ya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

“Pusat Keamanan Global Islam dan Tanpa Keganasan ASEAN ini adalah satu lagi pusat yang bukan hanya melakukan kajian akademik tetapi pada hemat saya akan mengumpulk­an bijak pandai dan pengamal dalam sektor keselamata­n pertahanan untuk dibawa bagi melakukan wacana intelektua­l.

“Ia akan membolehka­n kita mencari beberapa dapatan kajian dalaman dan mencari jalan penyelesai­an bukan untuk negara kita sahaja, tetapi untuk semua pihak pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Terdahulu Zambry ketika berucap pada majlis itu, mengumumka­n pelantikan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan, sebagai pengerusi pertama pusat berkenaan.

Katanya, ketokohan Dr Surin dan pengalaman luas beliau akan membolehka­n objektif penubuhan pusat berkenaan dapat direalisas­ikan dengan sebaiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia