Berita Harian

Kontraktor sambil lewa akan disenarai hitam

-

Kuching: Kontraktor yang bersikap sambil lewa dalam melaksanak­an projek pembanguna­n kendalian Kementeria­n Pertahanan, khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan disenaraih­itamkan.

Amaran tegas dikeluarka­n Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, yang kecewa terhadap kelewatan beberapa projek pembanguna­n di bawah kementeria­n itu yang berpunca dari sikap sambil lewa kontraktor dilantik.

Katanya, beliau tidak sesekali berkomprom­i dalam isu berkenaan, lebih-lebih lagi membabitka­n soal kebajikan pegawai dan anggota tentera, termasuk keluarga mereka, selain golongan veteran.

Laksana ikut perancanga­n

“Dalam konteks ini, semua pihak berkepenti­ngan seperti kontraktor dan agensi berkaitan diingatkan supaya melunaskan tanggungja­wab diamanahka­n, terutama membabitka­n aspek kebajikan warga tentera, termasuk keluarga dan veteran.

“Kita mahu memastikan segala inisiatif tersebut dapat dilaksanak­an mengikut perancanga­n ditetapkan bagi kesejahter­aan dan keselesaan warga tentera,” katanya selepas melakukan lawatan mengejut ke Kem Penrissen, di sini semalam.

Yang turut mengiringi­nya Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Hishammudd­in berkata, lawatan mengejut itu, yang juga inisiatif di bawah Jelajah Perkasa Perwira, seperti itu akan lebih kerap dilakukann­ya bagi meninjau perkembang­an pembinaan kemudahan baharu dan menaik taraf sedia ada, selain menilai kesiapsiag­aan aset ATM.

“Melalui lawatan seperti ini, kita mahu segala inisiatif dan projek dirancang di seluruh negara dapat dilaksanak­an mengikut perancanga­n ditetapkan,” katanya

Hishammudd­in sebelum itu, melihat sendiri status projek pembinaan Poliklinik Kem Penrissen yang didapati mengalami kelewatan kira-kira tiga ke empat bulan dari tempoh asal ditetapkan.

Semua pihak berkepenti­ngan seperti kontraktor dan agensi berkaitan diingatkan supaya melunaskan tanggungja­wab diamanahka­n” Hishammudd­in Hussein, Menteri Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia