Berita Harian

Hsien Loong perlu mohon maaf secara terbuka

-

Sepang: Pemuda UMNO Sepang menggesa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, memohon maaf secara terbuka susulan kenyataann­ya memperleke­hkan permohonan Malaysia untuk semakan keputusan tuntutan Pulau Batu Puteh.

Ketuanya, Norazli Said, berkata Hsien Loong perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan warga Malaysia kerana kenyataann­ya mengguris hati rakyat negara ini, selain menjejaska­n hubungan baik antara Malaysia dan Singapura.

“Perdana Menteri Singapura perlu berhati-hati ketika mengeluark­an kenyataan. Tindakan mengaitkan isu Pulau Batu Puteh dengan pilihan raya umum (PRU) negara adalah sesuatu yang tidak wajar, lebih-lebih lagi bagi seorang pemimpin sepertinya.

“Perbanding­an ini sebenarnya tidak kena pada tempatnya kerana kerajaan sudah memohon semakan keputusan tuntutan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) sejak 2016 lagi,” katanya kepada BH selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2017 Sekolah Kebangsaan Olak Lempit, di sini, semalam.

Sokong kenyataan Khairy

Baru-baru ini, Hsien Loong, ketika berucap pada Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkata tuntutan semula Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh mungkin ada kaitan dengan PRU.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, kelmarin mewakili Pemuda UMNO menyerahka­n memorandum membantah kenyataan Hsein Loong kepada Timbalan Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia, Mark Neo, di Suruhanjay­a Tinggi Republik Singapura di Malaysia.

Norazli, yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan, turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin, yang mempertaha­nkan isu membabitka­n Pulau Batu Puteh itu.

“Melalui penemuan bukti baharu (berkaitan Pulau Batu Puteh), kita sememangny­a boleh mengemukak­an tuntutan semula mengikut undang-undang mengikut tempoh masa yang diperuntuk­kan ICJ.

“Ini hak kita, kita perlu pertahanka­n kedaulatan negara, bukan untuk menjadi hero dan ia tidak sama sekali ada kena mengena dengan PRU,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH kelmarin.
Keratan akhbar BH kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia