Berita Harian

Singapura manipulasi tindakan Putrajaya

Malaysia diminta tak sambut ‘umpan’ Hsien Loong elak pertikaian dua negara

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Pemerintah Singapura memanipula­si tindakan Putrajaya membuat semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) kerana bimbang kedaulatan Batu Puteh terlepas semula kepada Malaysia.

Penganalis­is politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azmi Hassan, berkata bagi menutup kebimbanga­n itu, pemerintah ‘negara seberang tambak’ mendakwa tindakan Putrajaya berkenaan hanya mahu meraih keuntungan politik dan tiada kaitan dengan perundanga­n antarabang­sa.

Justeru, Putrajaya katanya, perlu mengelak daripada terikut rentak Singapura bagi mengelak pertikaian di antara kedua-dua negara.

Keputusan ICJ

“Kenyataan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) boleh ditafsir dengan menjangkak­an keputusan ICJ memihak kepada Malaysia jika semakan semula dilakukan.

“Jangan sambut ‘umpan’ Hsien Loong dengan mempolitik­kan isu itu. Ini adalah bukti yang kita ada dan langkah semakan adalah mengikut peruntukan ICJ.

“Cukup sekadar Pemuda UMNO yang memberi jawapan balas. Jika terlalu ramai atau kepemimpin­an tertinggi menjawab, dikhuatiri menjerumus­kan kepada isu percaturan politik tempatan dan geopolitik keduadua negara jiran,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Hsien Loong di Singapura, barubaru ini, yang mendakwa niat sebenar Malaysia menyemak semula keputusan ICJ itu kerana ‘ada kaitan dengan PRU-14’.

Susulan itu, Pemuda UMNO kelmarin, menyerahka­n memorandum bantahan kepada Singapura di Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi negara itu di ibu negara dan menuntut Hsien Loong tidak memperleke­hkan tindakan Malaysia.

Malaysia memfailkan semakan semula tuntutan itu pada Februari lalu selepas menemui bukti baharu dalam tiga dokumen di Perpustaka­an Negara United Kingdom, Ogos tahun lalu.

Berlandask­an tiga bukti baharu itu, besar kemungkina­n ICJ akan buat keputusan memihak kepada Malaysia dan Singapura bukan sahaja akan kehilangan Pulau Batu Puteh, tetapi juga Tubir Selatan dan Batuan Tengah.

Tiga bukti baharu

ICJ pada 23 Mei 2008 memutuskan Singapura berhak terhadap kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Azmi berkata, tiga bukti baharu yang ditemui Malaysia adalah jelas dan menjurus ke arah bukti yang Batu Puteh adalah milik Malaysia.

“Ini yang mendorong Hsien Loong menyatakan kepada aktivis Parti Tindakan Rakyat (PAP), tindakan Putrajaya membuat semakan semula keputusan ICJ itu adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya. Penganalis­is politik UTM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia