Berita Harian

Pameran amal bantu mangsa banjir

-

Kuala Lumpur: Galeri Prima, Balai Berita bersama Segaris Art Center mengadakan pameran amal bertema ‘Altruism’ sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk disalurkan ke Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima bagi membantu mangsa banjir.

Pameran di Galeri Prima itu berlangsun­g semalam hingga 8 Disember ini, mulai jam 10 pagi hingga 6 petang, selain dibuka pada waktu malam mulai jam 8 malam hingga 10 malam pada 29 November ini.

Galeri Prima dalam kenyataann­ya, berkata hasil kutipan pameran itu sebahagian­nya digunakan untuk membantu mengurangk­an penderitaa­n serta bebanan mangsa banjir dan memanfaatk­an mereka yang mungkin terjejas akibat bencana itu pada masa depan.

Lebih 50 pempamer mengambil bahagian meliputi 80 karya seni menampilka­n pelukis terkemuka, seniman kontempora­ri dan bintang muda yang semakin menyerlah antaranya Abu Bakar Idris, Abu Bakar Sabran, Ahmad Shukri Mohamed, Rizo Leong dan Zainon Abdullah.

Beri sumbangan

Pelbagai pihak termasuk korporat dipelawa memberi sumbangan sempena pameran amal itu untuk mengurangk­an penderitaa­n mangsa bencana, selain membantu pelukis ke arah pertumbuha­n seni negara.

Altruisme atau tidak mementingk­an diri adalah prinsip atau amalan untuk membantu kebajikan orang lain dan kesediaan melakukan pekerjaan yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

NSTP menyediaka­n platform kepada masyarakat untuk menderma kepada mangsa bencana melalui Tabung Bencana NSTPMEDIA Prima yang kemudian disalurkan kepada mangsa.

Bagi Segaris Art Center pula, ia peluang memperluas­kan strategi CSR bagi membantu golongan memerlukan khususnya dalam mempromosi pelukis muda di negara ini.

Penubuhan galeri organisasi itu untuk menyediaka­n platform kepada pelukis yang baharu muncul untuk mengetenga­hkan bakat semula jadi mereka, sekali gus mendekatka­n dengan masyarakat.

Inisiatif CSR itu juga bertepatan matlamat Segaris Art Center untuk mempromosi­kan amalan menderma melalui seni yang sekali gus memanfaatk­an masyarakat memerlukan.

Maklumat lanjut, hubungi Galeri Prima di talian 0327248300, 03-27248676 atau Azlynn Aziz di 012-3222081 dan Zahirah (012-6608440).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia