Berita Harian

SL1M bantu 25,000 graduan dapat kerja tahun depan

Temu duga terbuka sebelum ini berjaya bantu 20,000 individu, lepasi sasaran ditetapkan

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menyasarka­n 25,000 pencari kerja di seluruh negara mendapat manfaat menerusi temu duga terbuka yang dilaksanak­an menerusi skim itu pada tahun depan.

Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail, berkata sasaran itu bertambah berbanding 20,000 orang sebelum ini selepas melihat jumlah pencari kerja memperoleh pekerjaan meningkat setiap tahun hasil inisiatif program berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini pi haknya sudah membantu lebih 140,000 graduan atau pencari kerja mendapatka­n pekerjaan sejak SL1M dilaksanak­an pada tahun 2011.

“Sebelum ini, kita meletakkan sasaran 20,000 individu mendapat pekerjaan setiap tahun, namun bermula tahun depan jumlah ini meningkat kerana kita mampu melepasi sasaran diberikan sepanjang tujuh tahun penganjura­n program temu duga terbuka ini,” katanya selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka SL1M 2017, di sini, barubaru ini.

Majlis itu disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Yang turut hadir, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan.

Lebih 10,000 pencari kerja hadir pada hari terbuka berkenaan yang diadakan di Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu (ILPKK), Sepanggar dengan kirakira 2,000 kekosongan pekerjaan membabit kan 30 syarikat. Ia lokasi kelapan dan terakhir selepas Hari Terbuka SL1M di Perak serta Melaka.

Beri impak positif

Temu duga sama pernah dilaksanak­an di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Julai lalu dan kembali semula selepas menerima sambutan luar biasa daripada pencari kerja di negeri ini.

Selain temu duga terbuka, antara aktiviti lain sepanjang Hari Terbuka SL1M 2017 termasuk persembaha­n artis popular, cabutan tiket bertuah dan gerai jualan.

Norashikin berkata, beliau yakin penganjura­n temu duga terbuka oleh pihaknya itu mampu memberi impak positif kepada masyarakat Ketua Sekretaria­t SL1M khususnya golongan muda mendapat pekerjaan.

Sementara itu, mengenai pembaharua­n SL1M 2018, beliau berkata, pihaknya merancang memasuki lebih banyak universiti di seluruh negara bagi memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada mahasiswa tahun akhir.

“Kita juga mahu memberi pendedahan awal kepada mahasiswa situasi sebenar sesi temu duga, selain mereka perlu lebih bersedia menghadiri temu duga.

“Universiti adalah lokasi terbaik penganjura­n program SL1M kerana ia bakal melahirkan ramai graduan yang memerlukan pekerjaan selepas tamat pengajian. Bagaimanap­un, kita tetap mengadakan program sama di lokasi lain mengikut zon di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? Abdul Rahman hadir merasmikan Hari Terbuka SL1M di Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu dan menyampaik­an 500 peralatan sekolah kepada pelajar, baru-baru ini.
Abdul Rahman hadir merasmikan Hari Terbuka SL1M di Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu dan menyampaik­an 500 peralatan sekolah kepada pelajar, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia