Berita Harian

‘Gembira terus dapat kerja’

-

bersyukur dapat melepasi sesi temu duga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Tidak sangka percubaan kali pertama hadir program ini terus membuahkan hasil,” kata Alvin Rixy Supri, 23, yang ditawar menjalani latihan sebelum ditawarkan sebagai anggota penyelamat di Legoland, Johor Bahru selepas hadir Hari Terbuka SL1M di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu, Sepanggar, barubaru ini.

Alvin Rixy yang datang dari Kota Belud, tidak menyangka hasratnya datang ke sesi temu duga untuk mencuba nasib bertukar menjadi pengalaman berharga apabila terus diterima menjalani latihan di taman tema berkenaan.

“Selepas selesai temu duga, penemuduga itu mengatakan saya layak memohon jawatan itu dan perlu menunggu panggilan seterusnya,” katanya kepada BH.

Ditanya kenapa memilih ja wa y berkata, mi ya bekerja di taman tema timbul selepas bekerja di Sunway Lagoon, Selangor pada tahun lalu.

Beri pengalaman

Beliau berharap pekerjaan ditawarkan itu dapat meluaskan lagi pengalaman kerja, selain mampu menampung perbelanja­an keluarga.

Sama seperti Alvin Rixy, seorang lagi pengunjung Hari Terbuka SL1M 2017, Joice Shih Kah Yee, 19, berkata kali pertama datang ke program itu memberi pengalaman dalam usahanya mencari pekerjaan.

Kah Yee berkata, beliau baru selesai peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan hadir ke program berkenaan untuk melihat peluang ditawarkan.

“Temu duga terbuka ini bagus untuk belia khususnya mereka yang baru menamatkan pengajian di semua peringkat.

“Program ini membolehka­n pencari kerja tidak perlu bersusahpa­yah mencari kekosongan dan hanya perlu datang ke lokasi dimaklumka­n dengan persediaan rapi,” katanya yang hadir bersama rakan.

Sementara itu, Pengurus Pembanguna­n Agensi Pelaburan Mara Berhad (PMB) Investment, Yong Yin Kong, berkata pihaknya mencari calon bersesuaia­n bagi mengisi kekosongan jawatan Eksekutif Pemasaran dan Perunding Unit Amanah.

“Kami mencari sekurangku rang ya tiga pekerja berkelayak­an untuk jawatan Eksekutif Pemasaran, manakala 50 calon bagi Perunding Unit Amanah.

“Setakat ini, lebih 60 calon sudah menghadiri temu duga dan ada antara mereka datang dengan persediaan lengkap, namun masih ada individu hadir tanpa persiapan sepatutnya,” katanya. Peserta SL1M

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia