Berita Harian

Ops Armada bantu turun harga ikan

Pembongkar­an SPRM dalam industri tingkat penguatkua­saan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Harga bekalan ikan di pasaran tempatan dijangka turun kesan daripada operasi berterusan agensi penguatkua­saan dalam menangani isu penceroboh­an nelayan asing.

Malah, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim mengakui operasi dan pelbagai langkah yang dilaksanak­an kerajaan ketika ini sangat baik untuk masa depan industri perikanan negara.

Katanya, walaupun harga bekalan ikan di negara tertakluk kepada faktor permintaan dan penawaran, rakyat negara ini pasti akan mendapat manfaat yang lebih besar jika bekalan ikan yang didaratkan bertambah.

“Ada beberapa perkara yang menentukan kenaikan atau penurunan harga ikan di pasaran tempatan seperti kehadiran orang tengah yang mengawal pasaran, tetapi saya yakin, jika bekalan ikan sentiasa ada dan bertambah, harga pasti akan turun.

“Usaha Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Ops Armada dalam menangani salah laku rasuah dalam Pengerusi LKIM industri perikanan sudah tentu akan meningkatk­an penguatkua­saan terhadap nelayan asing yang selama ini merompak hasil laut negara.

“Apabila penguatkua­saan semakin baik, bekalan ikan juga dijangka semakin banyak.

Rombak agensi pengurusan perikanan

“Oleh itu, saya menjangkak­an harga ikan akan turun, tidak lama lagi,” katanya kepada BH ketika ditanya kesan terhadap harga hasil laut di pasaran tempatan berikutan pembongkar­an SPRM dalam industri perikanan.

BH sebelum ini mendedahka­n, dua agensi kerajaan yang berkaitan industri perikanan negara sedang disiasat kerana disyaki terbabit dengan sindiket merompak hasil laut negara.

Berikutan pendedahan itu, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengesahka­n pihaknya sedia merombak agensi pengurusan perikanan negara serta mengkaji semula Akta Perikanan 1985 bagi memantapka­n industri.

BH turut melaporkan, negara kerugian antara RM3 bilion hingga RM6 bilion setahun akibat penceroboh­an nelayan asing dan Jabatan Perikanan turut mengesahka­n hanya 400,000 tan daripada lebih 800,000 tan sumber laut dalam yang ditangkap didaratkan, manakala selebihnya hilang dipercayai didaratkan ke negara jiran.

Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, tindakan SPRM membuktika­n sumber laut di perairan negara itu adalah hak milik rakyat negara dan tidak boleh sewenangwe­nangnya diserahkan kepada pihak lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia