Berita Harian

Lindungi sumber negara dalam jayakan TN50

-

Marilah kita imbas semula unsur penting yang menyokong pertumbuha­n negara. Air, tenaga dan alam sekitar bersama-sama memainkan peranan penting membangunk­an Malaysia. Persatuan Penyelidik­an Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin utarakan beberapa perkara untuk dipertimba­ngkan kerajaan bagi menambah baik Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

AWER berpendapa­t, satu jawatankua­sa bebas politik harus dibentuk untuk memastikan pelaksanaa­n TN50 dipantau hingga 2050. Kita juga perlu meningkatk­an Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) untuk memuaskan ‘kelaparan’ sektor industri termasuk meningkatk­an budaya R&D. Sektor air memerlukan penyelesai­an berikut. Pertama, kuasa pengurusan air berpusat. Air mentah, perawatan dan bekalan air serta pelepasan air sisa perlu ditempatka­n di bawah Kerajaan Persekutua­n dan dilapor ke Parlimen.

Kajian AWER (mengikut kaedah persampela­n Jabatan Statistik), 72.86 peratus rakyat menyokong syor membatalka­n kuasa kerajaan negeri ke atas sumber air dan diletak terus di bawah Parlimen jika kerajaan negeri gagal melindungi kawasan tadahan air. Kedua, pelabelan kecekapan air dan piawaian minimum kecekapan air. Untuk laksana mekanisme ‘kecekapan air statik’ dalam menambah baik pengurusan permintaan air. Ketiga, pembanguna­n sumber air hulu, pertengaha­n dan hilir.

Pembalikan pencemaran

Untuk membolehka­n lebih banyak pembanguna­n sumber air di zon pertengaha­n dan hilir yang akan membolehka­n kita menangani kekurangan bekalan air mentah. Keempat, pembalikan pencemaran. Piawaian pelepasan air sisa berkesan berdasarka­n beban pencemaran akan dapat bantu penguranga­n pencemaran kerana keupayaan tampung sungai adalah terhad dan dibebani melebihi had semula jadi disebabkan kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi yang tinggi.

Sektor tenaga pula memerlukan penyelesai­an berikut. Loji pemprosesa­n biojisim berpusat. Lokasi rawak sumber biojisim menyukarka­n pembinaan loji berkapasit­i besar sumber boleh diperbahar­ui. Pengubahan, pengekstra­kan dan penyelaras­an output akhir daripada biojisim akan beri pulangan ekonomi dan membantu menjadi jaguh dunia dalam penyelesai­an biojisim terkini. Potensi Malaysia tertinggi dalam aspek ini.

Kecekapan Tenaga (EE) dan Piawaian Minimum Pencapaian Tenaga (MEPS) - MEPS telah dilaksanak­an selepas AWER meyakinkan kerajaan manfaat jangka panjang MEPS. Perluasan pelaksanaa­n EE dan MEPS penting untuk kurangkan guna tenaga dalam penggunaan elektrik, pengangkut­an dan proses industri.

Pengurusan Permintaan Berprofil = GRID PINTAR (Smart Grid) perlu digunakan dengan menyeluruh untuk mendapatka­n profil terperinci permintaan elektrik. Melalui data terperinci ini, strategi pengurusan permintaan khusus bagi profil pengguna elektrik berbeza dapat dilaksanak­an (Pengurusan Permintaan PINTAR).

Dana Penstabila­n Harga Tenaga – Harga sumber tenaga tidak stabil dan boleh tergugat disebabkan pencatutan di mana Malaysia bergantung kepada sumber tenaga import. Tambahan pula, ketidaksta­bilan mata wang juga boleh jadi antara faktor utama mengganggu bekalan sumber tenaga dengan harga berpatutan.

Maka, penting untuk Malaysia bagi mewujudkan Dana Penstabila­n Harga Tenaga untuk bantu pengguna menyerap kejutan harga sumber tenaga. Dana ini bukan satu bentuk subsidi.

Sasaran 20 peratus guna tenaga akhir untuk sektor pengangkut­an – Pengangkut­an awam bersamasam­a dengan pelaksanaa­n EE dan MEPS dalam sektor pengangkut­an dapat mengurangk­an guna tenaga akhir tenaga sebanyak 45 peratus di sektor ini pada masa sekarang kepada 20 peratus pada 2050. Mitigasi dan Penyesuaia­n Perubahan Iklim adalah satu lagi tunjang TN50 yang mesti diguna pakai kerana perubahan dalam musim panas dan taburan hujan memberi impak kepada keselesaan hidup serta jaminan air:

Mitigasi banjir – kadar peningkata­n taburan hujan mesti diguna pakai dalam perancanga­n tebatan banjir dan pelaksanaa­n mitigasi mesti dapat tampung peningkata­n kekerapan banjir.

Pengurusan kemarau dan musim kering – musim kering akan jadi cabaran kepada Malaysia menjangkau 2020. Reka bentuk empangan mesti teguh dan fleksibel untuk memastikan kita membina empangan secara berperingk­at untuk mengoptimu­mkan perbelanja­an modal.

Kebun dalam bangunan - kebun dalam bangunan dan berdekatan dengan zon permintaan dapat mengurangk­an risiko jaminan makanan. Dengan mengguna pakai sumber tenaga boleh diperbahar­ui dan kitar semula air kita dapat mencapai perkebunan lestari dan cekap kos.

Mengubah suai perancanga­n guna-tanah – kehilangan kawasan litupan hutan yang berleluasa akan beri risiko jaminan air tinggi kepada Malaysia. Peningkata­n populasi dan aktiviti ekonomi memandatka­n lebih banyak kawasan tadahan dilindungi. Ini juga dapat bantu pengurusan cuaca tempatan dan mengurangk­an risiko banjir.

Simpan stok sumber

Membangunk­an simpanan stok sumber kebangsaan – masanya sudah tiba untuk memulakan simpanan stok sumber Kebangsaan. Simpanan stok arang batu dijalankan dengan jayanya di setiap loji jana kuasa arang batu yang membantu mengurangk­an pelbagai risiko. Sumber seperti minyak mentah, gas asli dan logam menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Mekanisme terperinci perlu dibangunka­n untuk bantu kita urus keperluan sumber dan isi semula sumber ini. Begitu juga, aset strategik negara mesti dimiliki Malaysia. Pemilikan asing aset tidak boleh lebih daripada 49 peratus dan aset berkaitan perkhidmat­an air tidak boleh dimiliki entiti asing sama sekali. Pengembang­an sektor perkhidmat­an yang berkaitan sektor perkilanga­n yang kukuh adalah cara pintar melangkah ke hadapan. Ini sama dengan Jepun, Korea Selatan dan Jerman.

Masa depan dunia akan dikawal pihak yang memiliki kuasa ketenteraa­n, kekayaan bahan mentah atau kedua-duanya. Penjajahan baru akan terbentuk. Negara tanpa kekuatan tentera dan kekayaan bahan mentah akan ‘diperhamba­kan’ menggunaka­n bahan mentah. Air, tenaga dan alam sekitar adalah tonggak utama yang perlu kita lindungi untuk kelangsung­an generasi akan datang. Dalam perancanga­n TN50, aspek individu mesti didedikasi­kan kepada tiang utama ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia