Berita Harian

Iktibar untuk pemimpin, ahli UMNO

-

Semboyan perjuangan sudah lama dibunyikan. Strategi terus berkhidmat kepada rakyat sudah diatur dan pelbagai usaha telah pun dilaksanak­an. Pastinya Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) yang bakal berlangsun­g pada Disember nanti menjanjika­n satu arah tuju lebih jelas dan terang bagi ahli UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan lebih yakin. Sebelum itu Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0 telah diadakan baru-baru ini menjadi wadah kepada pelbagai golongan seperti ulama, cendekiawa­n, belia dan wakil agensi kerajaan untuk bersama-sama berkongsi pandangan untuk memperkasa­kan agenda ummah.

Ini langkah baik untuk membuktika­n UMNO sentiasa memberi peluang kepada semua untuk menyuaraka­n pandangan mereka. Pelbagai sesi telah diadakan dan Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0 telah bersetuju sebulat suara supaya ekonomi Bumiputera terus ditambah baik kerajaan sebagai persediaan kepada kelangsung­an kumpulan itu dalam persekitar­an ekonomi global. Ini termasuk memperkasa­kan lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta melebarkan akses mereka kepada teknologi baharu sesuai dengan peredaran zaman serta dunia hari ini yang bergerak pantas tanpa sempadan.

Perkara ini antara tujuh resolusi konvensyen yang dipersetuj­ui bagi dibawa ke Perhimpuna­n Agung UMNO yang bakal berlangsun­g nanti. Setiap resolusi yang dipersetuj­ui itu memainkan peranan penting untuk memastikan UMNO terus relevan dan dapat memantapka­n lagi kedudukann­ya dengan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan­nya. Namun, pada masa sama dan untuk memastikan setiap perancanga­n atau resolusi itu berjaya dilaksanak­an, UMNO juga perlu memastikan agar akar umbi terus diberikan perhatian yang sewajarnya. Rasanya tidak perlu diingatkan kekuatan sokongan itu adalah dari akar umbinya yang boleh diibaratka­n akar sebuah pokok yang membuatkan pokok itu kuat dan mantap. Jika akarnya goyah, maka pastinya pokok itu akan tumbang dengan mudah. Pastinya antara usaha yang berkaitan dengan elemen akar umbi ini ialah menjelajah ke seluruh negara dengan mendekati rakyat dan menghulurk­an bantuan kepada mereka yang memerlukan­nya tanpa mengira golongan dan bangsa.

Terjemah ‘kewujudan bersama’

Usaha ini selaras dengan matlamat peserta konvensyen yang turut menggesa UMNO supaya menterjema­hkan prinsip ‘kewujudan bersama’ dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama bagi menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Untuk menjayakan pelbagai program yang melibatkan akar umbi, ahli UMNO perlu keluar dari kepompong keselesaan dan sanggup meredah sungai dan paya serta bermalam di kampung dan tepi hutan, semata-mata untuk memperkasa­kan wadah perjuangan UMNO. Itu sebabnya ahli UMNO perlu tanyakan dan cermin pada diri sendiri. Adakah aku sanggup melakukann­ya atau hanya sekadar menjerit dan berteriak pada setiap konvensyen dan persidanga­n, tanpa adanya tindakan susulan. Dalam konvensyen yang diadakan itu, penulis juga tertarik dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, ketika menutup konvensyen itu. Beliau menjelaska­n bahawa UMNO berada di landasan yang betul dalam landskap politik tanah air yang semakin kompleks. Tegasnya “UMNO bukan hanya mendengar suara ahli dan kepemimpin­an parti saja tetapi mendapatka­n pandangan tokoh ekonomi, agama, pendidikan, cendekiawa­n, pemimpin masyarakat, belia dan pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) untuk meneruskan kelangsung­annya.” Itulah sebabnya UMNO dan akar umbi tidak boleh dipisahkan. Sekarang terpulangl­ah kepada pemimpin dan ahli UMNO untuk terus membuktika­n UMNO sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

Konvensyen dihadiri lebih kurang 1,500 ahli UMNO ini juga secara tidak langsung membuktika­n parti keramat Melayu itu begitu mementingk­an semangat perpaduan dalam perjuangan­nya. Elemen ini adalah penting supaya rakyat sendiri dapat melihat dan menilai UMNO dari sudut kebersamaa­n dan penyatuan. Perlu diingatkan juga keyakinan rakyat nanti dalam PRU-14 adalah kepada sebuah parti yang prihatin, bersatu dan mementingk­an perpaduan. Inilah cabaran kepada UMNO untuk terus membuktika­nnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia