Berita Harian

377 jajaran sungai makin cetek undang banjir kilat

Kerakusan teroka kawasan untuk pertanian, pembalakan, pembanguna­n punca masalah

-

Laporan Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif

Abdul Karim

Pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 377 daripada lebih 4,000 jajaran sungai di negara ini semakin cetek, sekali gus mengundang risiko banjir kilat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata punca utama masalah itu disebabkan kerakusan meneroka kawasan untuk pelbagai tujuan seperti pertanian, pembalakan dan pembanguna­n.

Selain itu, katanya kepentinga­n mengekalka­n kawasan rizab yang sepatutnya dijadikan zon tadahan air tidak diendahkan, sebaliknya ditarah untuk pembanguna­n.

“Apabila perladanga­n, pertanian dan kawasan pembinaan tidak mengambil kira zon tadahan air, mudah selut atau lumpur terus mengalir masuk ke dalam sungai.

Cepat adili kerajaan

“Kalau kita nak selamat semua sungai yang ketika ini menjadi cetek angkara kerakusan manusia, kerajaan perlu memperuntu­kkan belanja ratusan bilion ringgit untuk berbuat demikian,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Tiong King Sing (Bn-bintulu), di Dewan Rakyat, semalam.

Wan Junaidi berkata, sekarang masyarakat cepat mengadili kerajaan apabila wujud konsesi yang diberikan hak untuk menuai pasir sungai di muara.

“Salah persepsi ini kerana mereka dibiarkan jual (ambil) pasir, namun sebagai pulangan kita tidak membayar perkhidmat­an mendalamka­n dasar sungai.

“Bagaimanap­un, isi padu dan tempoh operasi menuai pasir tidak dilaksanak­an secara membuta tuli, sebaliknya dikendalik­an mengikut perjanjian tertentu,” katanya.

 ??  ?? Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia