Berita Harian

Pemberian tauliah ajar agama tak bercanggah prinsip wasatiyyah

-

Kuala Lumpur: Peraturan berkaitan keperluan untuk seseorang individu mendapatka­n tauliah mengajar agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) tidak bercanggah dengan prinsip wasatiyyah.

Malah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, peraturan itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang anasir dan unsur luar yang boleh mengganggu gugat kedaulatan dan kestabilan masyarakat, terutama berkait fahaman yang menyelewen­g.

Tak bertentang­an prinsip wasatiyyah

“Saya tidak nampak apa-apa yang bertentang­an dengan prinsip wasatiyyah apabila kita cuba menjustifi­kasikan tindakan yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara kita.

“Wasatiyyah bukan bermaksud liberal dan kesederhan­aan tanpa hala tujuan. Tetapi yang disebut dalam al-quran, wasatiyah adalah kecemerlan­gan, keadilan dan keseimbang­aan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Zairil Khir Johari (Dap-bukit Bendera) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Utama kestabilan negara

Asyraf berkata, semua pihak tidak seharusnya berasa kesal dengan peruntukan undang-undang seperti itu, sebaliknya wajib meletakkan asas kestabilan negara sebagai objektif utama.

“Kalau kita mahu memastikan keadilan sentiasa berada dalam negara, kita mesti memastikan keamanan dan kesejahter­aan.

“Antara peruntukan undangunda­ng diluluskan Dewan Rakyat ini juga untuk memastikan apa sahaja unsur dan ajaran ideologi asing yang menyelewen­g dan boleh mengganggu gugat struktur asas negara yang berteraska­n Islam dan akidah ahli sunah, meletak prinsip wasatiyyah serta Maqasid Syariah sebagai tunjang tidak diganggu gugat,” katanya.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemberian tauliah mengajar agama Islam ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) mengambil kira perkara itu.

 ??  ?? Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia