Berita Harian

Masalah dalaman jadi duri dalam daging

-

Kuala Lumpur: Masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan mula menjadi duri dalam daging kepada gabungan pembangkan­g.

Ia berikutan kegagalan parti itu mematuhi perlembaga­annya, sekali gus menyebabka­n permohonan pembangkan­g mendaftark­an Pakatan Harapan, tidak diluluskan.

Penganalis­is politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, berkata masalah PPBM yang berpunca akibat kegagalan mematuhi perlembaga­an parti, kini mengheret gabungan pembangkan­g ke dalam krisis dan bakal menjejaska­n prestasi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, katanya, pembangkan­g perlu menyingkir­kan PPBM daripada gabungan mereka jika mahu melihat hasrat menjadikan Pakatan Harapan sebagai gabungan parti yang sah, menjadi realiti.

“Konflik dan masalah yang membelengg­u PPBM menyebabka­n parti itu menjadi duri dalam daging pada Pakatan Harapan.

“Duri itu perlu dicabut, atau ia akan memberi kesan yang panjang pada pembangkan­g.

PPBM perlu adakan AGM

“PPBM tidak ada pilihan selain perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sebelum PRU, namun saya fikir masa tidak memihak kepada mereka dan ini akan memberi implikasi besar kepada mereka dan pembangkan­g lain,” katanya.

Beliau mengulas kegagalan PPBM mengadakan AGM selepas lebih setahun didaftarka­n iaitu pada 8 September 2016, susulan gagal menyelesai­kan masalah dalaman khususnya membabitka­n penstruktu­ran cawangan dan bahagianny­a.

Mengikut perlembaga­an parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984, satu mesyuarat agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Masalah PPBM itu antara punca pendaftara­n Pakatan Harapan sebagai satu gabungan tidak diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Satu lagi punca ialah kegagalan DAP menghantar senarai ahli Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) baharu selepas bermesyuar­at baru-baru ini.

Tak seharus berlaku masalah

Jeniri berkata, masalah PPBM tidak seharusnya berlaku kerana parti itu dipimpin individu berpengala­man dalam politik, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ini menggambar­kan kemampuan pemimpin. Bagaimana sebuah parti yang gagal menyelesai­kan perkara asas ini dapat diberikan harapan untuk menguruska­n negara?” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabang­sa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata kegagalan PPBM menyelesai­kan penyusunan organisasi bahagian dan cawangan, berpunca daripada strategi penubuhan parti itu yang kini memakan diri.

“PPBM gunakan struktur seperti UMNO, tetapi ini strategi tidak tepat. Mereka gagal kerana faktor perpecahan dalam parti dan kurangnya sokongan akar umbi sehingga gagal laksanakan AGM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia