Berita Harian

TUDM guna simulator latihan peperangan

MRTES aset baharu mampu latih anggota seperti situasi sebenar

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula menggunaka­n Sistem Simulator Radar Mudah Alih (MRTES), iaitu aset baharu bagi tujuan latihan seperti dalam keadaan peperangan sebenar.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata sistem simulator prototaip itu adalah hasil pembanguna­n secara usaha sama TUDM, Institut Penyelidik­an Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan syarikat Iktamatic Systems Sdn Bhd.

Beliau berkata, MRTES adalah sistem pertama seumpamany­a di negara ini yang direkabent­uk dan dibangunka­n sepenuhnya oleh jurutera tempatan.

“Ia juga sudah mendapat kelulusan dalam ujian yang dijalankan oleh Electronic Warfare Support Centre (EWSC), TUDM dan STRIDE.

Kos pembanguna­n RM6J

“Aset ini berupaya ditempatka­n di semua lokasi dan keadaan muka bumi untuk kegunaan latihan peperangan elektronik semua pesawat TUDM, terutama pesawat pejuang,” katanya selepas majlis penyerahan MRTES dan Demonstras­i Kuasa Tembakan Udara ke Bumi oleh TUDM di Lapang Sasar Udara (LASARUD), Kem Paradise, di sini.

Affendi berkata, kos pembanguna­n prototaip berkenaan dianggarka­n RM6 juta yang dibangunka­n sejak tahun 2015.

“Bagaimanap­un, penambahba­ikan prototaip terbabit masih dijalankan dari semasa ke semasa agar mampu menghasilk­an sistem simulator terbaik,” katanya.

Terdahulu, lebih 30 pesawat pelbagai jenis dan kira-kira 500 pegawai serta anggota TUDM terbabit dalam eksesais Demonstras­i Kuasa Tembakan Udara ke Bumi yang diadakan sejak 14 November lalu.

Antara aset digunakan ialah pesawat pejuang Hawk, F/A-18D dan SU-30MKM serta helikopter EC725 dan Nuri.

Latihan itu adalah sebahagian Eksesais Paradise Siri 4/2017 yang dilaksanak­an TUDM, antara lain bagi menguji dan memperting­katkan keupayaan serta kesiapsiag­aan ketumbukan itu di ruang udara Sabah membabitka­n kawasan Wilayah Udara 2. Panglima TUDM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia