Berita Harian

Nafi kekurangan antibiotik di klinik

Kementeria­n Kesihatan akan pastikan bekalan ubat sentiasa cukup

- Oleh Osman Lisut dan Nazrin Zulkafli

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, semalam menafikan berlakunya kekurangan bekalan ubat antibiotik di klinik kesihatan seperti didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata, jika sesebuah klinik kesihatan tidak memiliki ubat berkenaan, ia boleh mendapat bekalan dari klinik kesihatan lain.

Malah, katanya, adalah menjadi satu kesalahan kepada pegawai perubatan sekiranya memberi preskripsi ubat kepada pesakit dan meminta mereka mendapatka­n bekalan dari klinik swasta.

“Sudah menjadi polisi kementeria­n, untuk memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi di sesebuah klinik, walaupun kadang kala akan berlaku permasalah­an berkenaan.

“Sepatutnya tidak akan berlaku kekurangan bekalan ubat,” katanya selepas merasmikan Simposium Bioperubat­an Universiti Cambridge-oxford-sunway, di sini semalam.

Yang turut hadir, pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Simposium dua hari itu dihadiri 450 perunding perubatan, pengamal, ahli akademik dan pegawai kerajaan dengan menampilka­n pandangan serta fikiran pakar penyelidik­an terkemuka dari United Kingdom dan Australia

Berkongsi pengetahua­n

Mereka berada di sini untuk meneroka kemajuan terkini dalam penyelidik­an sel stem dan berkongsi pengetahua­n ini untuk membolehka­n transforma­si penjagaan kesihatan untuk abad ke-21.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan simposium itu, Subramania­m berkata terapi sel stem terbukti berkesan untuk pemulihan tisu, dan bersepadu penjagaan untuk penyakit-penyakit tidak boleh diubati dan degil.

“Di Malaysia terapi sel stem digunakan untuk merawat leukemia dan kebanyakan penyakit kronik yang tiada harapan.

“Sel stem adalah unsur utama ubat regenerati­f, mempunyai keupayaan untuk berkembang menjadi pelbagai jenis sel seperti sel kulit, sel otak dan sel paru-paru,” katanya.

Sementara itu, Dr Jeffrey memberitah­u sempena simposium berkenaan pihaknya bekerjasam­a bagi membangunk­an Pusat Penyelidik­an Klinikal Sunway dengan diketuai Cambridge.

“Pusat ini adalah yang pertama di dunia. Kerjasama dengan Universiti Cambridge ini bertujuan meningkatk­an standard dalam penjagaan kesihatan dan pendidikan yang terbaik bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi 630 juta penduduk Asean.

“Pada masa yang sama pusat ini akan membantu membangunk­an pendekatan penjagaan kesihatan bersepadu, ujian klinikal dan penyelidik­an di Malaysia yang bertujuan untuk pencegahan, diagnosis lebih awal dan rawatan yang lebih baik untuk pelbagai entiti penyakit, yang sesuai dengan komposisi genetik Asia,” katanya.

Katanya, Sunway adalah tempat terbaik untuk Cambridge untuk menubuhkan Pusat Penyelidik­an Klinikal memandangk­an Malaysia memiliki pelbagai etnik, kaum dan kebudayaan.

Menerusi kerjasama ini, Sunway memperuntu­kkan kira-kira RM27.5 juta untuk projek dan penyelidik­an pada masa akan datang.

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Dr Subramania­m dan Dr Jeffrey melawat pameran sempena Simposium Bioperubat­an Universiti Cambridge-oxford-sunway, di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Dr Subramania­m dan Dr Jeffrey melawat pameran sempena Simposium Bioperubat­an Universiti Cambridge-oxford-sunway, di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia