Berita Harian

USIM lahir graduan dilengkapi ilmu aqli, naqli

-

Bandar Baru Nilai: Pendekatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerapkan konsep dunia serta akhirat dalam pengajaran dan pembelajar­an membolehka­n institusi itu melahirkan graduan yang cemerlang dalam semua aspek.

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan merangkap Canselor USIM, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, bertitah penerapan ilmu aqli dan naqli itu memberi nilai tambah kepada graduan seiring Revolusi Perindustr­ian Keempat ketika ini.

“Tidak dinafikan pendidikan sempurna membantu kejayaan dalam hidup, namun kelulusan dalam peperiksaa­n bukan satusatuny­a nilai yang mencermink­an kejayaan dan kecemerlan­gan seseorang graduan.

“Beta yakin graduan USIM bersedia menghadapi impak revolusi ini dan akan lebih inovatif dalam menangani perubahan teknologi dari semasa ke semasa hasil daripada ilmu aqli dan naqli diperoleh di sini,” titah baginda.

Tuanku Aishah Rohani bertitah demikian pada Majlis Konvokesye­n Ke-15 USIM di Dewan Tuanku Canselor di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Tunku Besar Seri Menanti yang juga Procanselo­r USIM, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Seramai 2,562 graduan menerima ijazah doktor falsafah (PHD), sarjana, diploma siswazah dan sarjana muda pada majlis konvokesye­n selama tiga hari itu yang bermula semalam.

Tuanku Aishah Rohani juga berkenan menganuger­ahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbira­n Muamalat kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Seterusnya, Tuanku Aishah Rohani berharap graduan USIM tidak mudah terpengaru­h dengan gejala negatif dunia luar, sebaliknya memanfaatk­an sebaik mungkin kepada masyarakat segala ilmu ditimba sepanjang tempoh pengajian.

 ?? [ FOTO BERNAMA] ?? Tuanku Aishah Rohani berkenan beramah mesra dengan penerima anugerah.
[ FOTO BERNAMA] Tuanku Aishah Rohani berkenan beramah mesra dengan penerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia