Berita Harian

Bersedia hadapi cabaran dunia kerja

Keputusan SPM penentu masa depan pelajar sambung pengajian ke IPT

- Oleh Zuraidi Mansor

Setiap pelajar terutama calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n yang mencukupi bagi menghadapi dunia pekerjaan dan cabaran kehidupan sebenar.

Pengarah Tabung Haji (TH) Kelantan, Wahyudin Tamami, berkata peperiksaa­n SPM penting kerana ia adalah penentu hala tuju seseorang pelajar sama ada mereka dapat menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) atau sebaliknya.

Beliau berkata, dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM, pelajar dapat meneruskan pengajian di menara gading dengan mengikuti program yang dapat membina kerjaya masa depan mereka.

“Keputusan peperiksaa­n ini (SPM) bakal mempengaru­hi perjalanan kehidupan seseorang pelajar terutama dalam membina kerjaya masing-masing.

“Justeru, pengembara­an sebenar seseorang pelajar bermula selepas mereka meninggalk­an bangku sekolah dan memperoleh keputusan peperiksaa­n SPM,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM 2017 anjuran TH dengan kerjasama BH, di sini, baru-baru ini.

Pelajar perlu fokus

Yang turut hadir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu (Akademik), Mohamad Jusoh dan Pengetua Cemerlang SMK Kota, Kamarudin Deraman.

Sehubungan itu, Wahyudin berkata, bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaa­n SPM, program Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM dianjurkan oleh TH setiap tahun.

“Setiap pelajar perlu mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dengan penceramah yang berpengala­man yang dibawakan oleh BH.

“Bertanyala­h sebanyak yang mungkin soalan kepada penceramah kerana mereka bukan calangcala­ng guru,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Jusoh berkata, pelbagai program dilaksanak­an pihaknya bagi membantu pelajar berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

“Setiap peserta seminar perlu fokus bukan sahaja untuk menghadapi SPM tetapi juga membina hala tuju yang kukuh bagi mencapai cita-cita yang diimpikan,” katanya.

 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Wahyudin bergambar dengan calon SPM yang menyertai seminar anjuran TH di SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Wahyudin bergambar dengan calon SPM yang menyertai seminar anjuran TH di SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia