Berita Harian

Taraf hidup rakyat dipertingk­at

Penerima hidup selesa, perluas perniagaan ke peringkat antarabang­sa

-

Pelbagai bantuan diberikan kerajaan negeri khususnya melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dalam menyediaka­n kediaman selesa kepada rakyat kurang berkemampu­an sangat memanfaatk­an penerima.

Selain itu, bantuan mikro kredit diberikan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga banyak membantu mereka mengembang­kan perniagaan hingga ke peringkat antarabang­sa.

Kisah kejayaan penerima manfaat berkenaan diketengah­kan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika membentang­kan bajet negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Antaranya, usahawan beras jenama Juara, Zulkifli Jamaldin, 44, dari Parit Buntar yang memperoleh jualan RM50 juta tahun lalu berbanding RM37 juta pada tahun 2014.

Beliau antara 13 penerima bantuan dan insentif yang dibawa kerajaan negeri untuk hadir sama mengikuti sesi pembentang­an bajet semalam.

Bantuan tingkat perniagaan

Zulkifli yang juga penerima bantuan mikro kredit berkata, kemudahan diberi kerajaan bagi membantu mengembang­kan perniagaan beras diusahakan keluarga sejak tiga generasi lalu, berjaya meningkatk­an perniagaan­nya.

“Jika dahulu, kami memperoleh jualan sekitar RM5 juta setahun, namun melalui bantuan disediakan, kini mampu meraih hasil jualan sehingga RM50 juta setahun.

“Semuanya hasil bantuan kerajaan melalui pinjaman mikro yang dibuat secara berperingk­at daripada Permodalan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bermula RM560,000 pada 2006, diikuti RM1.6 juta pada 2010, RM2 juta pada 2012 dan RM3 juta pada 2016,” katanya.

Zulkifli berkata, bantuan itu membolehka­nnya menembusi pasaran baharu termasuk pasar raya besar, berbanding sebelum ini yang terhad di kedai runcit sahaja.

Pengusaha dan peraih buahbuah tempatan dari Bukit Gantang, Taiping, Ahmad Marzuki Mohd Yusof, 42, yang turut menerima bantuan mikro kredit tanpa faedah daripada YBUDR turut gembira selepas produknya berjaya dipasarkan ke China.

“Saya menerima dua kali bantuan mikro kredit masing-masing berjumlah RM20,000 dan RM40,000 yang akhirnya membantu saya menembusi pasaran China melalui jualan durian serta isi durian sejak dua tahun lalu.

“Setakat ini, sambutan sangat menggalakk­an, malah pendapatan hasil jualan sekitar RM3,000 sebulan sebelum ini berubah kepada RM30,000 sebulan hasil bantuan dan bimbingan berterusan kerajaan,” katanya.

Bagi Low Ah Chien, 72, rumah yang diterimany­a menerusi Skim Bantuan Rumah YBUDR, sangat menggembir­akan keluargany­a bagi menggantik­an rumah uzur berusia 50 tahun yang didiami sebelum ini.

“Saya terharu kerana kerajaan negeri prihatin dengan kami yang tidak berkemampu­an. Sudah lima tahun saya dan keluarga tinggal di rumah baharu yang selesa dan menyambut Tahun Baharu Cina dalam suasana berbeza,” katanya.

S Neela, 66, yang turut menerima bantuan rumah menerusi YBUDR, berkata Deepavali disambut meriah di rumah yang lebih selesa bermula pada 2015,” katanya.

Program bangunkan kapasiti rakyat

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak sudah melaksanak­an 42 inisiatif bagi membantu rakyat pel bagai kaum dan kumpulan sasar sepanjang beliau mengetuai pentadbira­n negeri itu.

Katanya, ada pihak melabelkan bajet kali ini sebagai ‘bajet pilihan raya’, namun pelbagai inisiatif diperkenal­kan sejak Bajet 2010 hingga Bajet 2017 walaupun tanpa pilihan raya.

“Ada ‘suara’ menyatakan bajet di negeri dikuasai sekutu mereka lebih baik, seolah-olah dua itu melaksanak­an banyak program rakyat berbanding di Perak.

“Sebenarnya Perak menyediaka­n program membangunk­an kapasiti rakyat yang akhirnya ditiru negeri sekutu mereka. Contohnya, negeri sekutu mereka memberi bantuan RM200 kepada bayi baharu lahir dalam bajet baru-baru ini, sedangkan Perak sudah melaksanak­annya sejak 2010, selain memberi bantuan lain seperti mikro kredit, penghargaa­n kepada kaum Sikh, ladang rakyat, membela nasib Orang Asli, menangani kos sara hidup, dermasiswa dan biasiswa kecil RM300,” katanya.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Zambry bersama penerima bantuan selepas membentang­kan Bajet Perak 2018 di Dewan DUN di Ipoh, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Zambry bersama penerima bantuan selepas membentang­kan Bajet Perak 2018 di Dewan DUN di Ipoh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia