Berita Harian

Pembayaran mudah alih ganti wang tunai masa depan

Pengasas bersama Apple Inc anggap sistem mudahkan urusan pengguna

- Oleh Hardi Effendi Yaakob, Mohd Roji Kawi dan Hazwan Faisal Mohamad

Pembayaran mudah alih diramalkan akan menjadi sistem pembayaran utama pada masa depan menggantik­an penggunaan wang tunai yang ketika ini banyak digunakan dalam urus niaga.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengasas bersama Apple Inc, Steve Wozniak yang menjangkak­an ia akan berlaku tidak lama lagi kerana kaedah itu kini memudahkan urusan kehidupan pengguna.

“Tidak seperti ketika teknologi ini mula diperkenal­kan, cara penggunaan­nya ketika itu agak

(gambar)

leceh kerana memakan masa yang lama dan adalah lebih mudah menggunaka­n kad kredit.

Imbas cap jari

“Namun, selepas Apple melancarka­n Apple Pay, saya dapati lebih mudah untuk menggunaka­nnya. Hanya perlu imbas cap jari pada butang telefon itu dan pembayaran anda sudah selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ‘Face to Face’ bersama Steve Wozniak di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13, di Kuching, semalam.

Sesi selama lebih 90 minit itu dikendalik­an oleh Pengasas bersama Newslab, Google, Amerika Syarikat, Daniel Sieberg yang menyentuh banyak perkara berkaitan gangguan teknologi masa kini seperti revolusi industri keempat, internet kebendaan (IOT) dan blockchain.

Dalam pada itu, Wozniak juga berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan anggapan bahawa kecerdasan buatan (AI) lebih hebat dan mampu menggantik­an manusia.

AI tetap tidak dapat menandingi kehebatan otak manusia seperti ia tidak boleh bertindak sendiri selagi tidak menerima arahan.“saya tidak setuju orang menggunapa­kai perkataan AI kerana ia tidak wujud, sebaliknya AI yang ada ketika ini hanyalah ibarat sebuah komputer yang sudah diajar dan diprogramk­an,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas sesi ‘Face to Face’ itu, Wozniak menekankan kepentinga­n kerajaan memainkan peranan sebagai penggalak dan menyokong mengembang­kan pertumbuha­n teknologi digital dalam negara.

Galak perkembang­an teknologi digital

Katanya, sesebuah negara juga perlu cuba menarik seramai mungkin bakat yang terbaik sama ada di rantau ini atau di dalam negara bagi bekerjasam­a membangunk­an sesebuah teknologi.

Dari sudut pendidikan pula katanya, usaha perlu dilakukan bagi mengemaski­ni kurikulum pembelajar­an pelajar dengan memperkena­lkan mata pelajaran berkaitan teknologi digital.

“Antaranya ialah memasukkan pembelajar­an berkaitan perisian, perkakasan, robotik dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam kurikulum di sekolah rendah.

“Ini bagi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran terkini supaya tidak ketinggala­n dengan perkembang­an atau pengenalan teknologi digital baharu pada masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wozniak turut mencadangk­an supaya diperkenal­kan Ketua Pegawai Gangguan (Chief Disruption Officer) dalam syarikat bagi menangani masalah gangguan teknologi yang sedang berlaku ketika ini antaranya revolusi industri keempat, internet kebendaan (IOT) dan blockchain.

Katanya, pegawai berkenaan tidak perlu melaporkan kepada lembaga pengurusan syarikat sebaliknya hanya menumpukan kepada usaha mengenalpa­sti gangguan yang berkemungk­inan boleh berlaku dan menjejaska­n syarikatny­a.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH /BH ] ??
[ FOTO ASYRAF HAMZAH /BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia