Berita Harian

FELCRA kaji hasilkan produk berasas alga

-

FELCRA Bhd sedang mengkaji cadangan untuk menceburi sektor pertanian bioorganik berasaskan produk lumut air atau alga secara komersial dengan menggunaka­n teknologi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, alga itu akan dihasilkan daripada bahan buangan daripada kilang kelapa sawit dan diproses untuk dijadikan produk kesihatan, khususnya makanan tambahan.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya setahun bagi membuat kajian secara terperinci dari pelbagai aspek berkaitan dengan industri alga secara komersial.

(gambar) Jawatankua­sa Teknikal

“Kami akan membentuk Jawatankua­sa Teknikal mengenai perkara ini bertujuan untuk memperhalu­si pelbagai perkara terutamany­a pemprosesa­n produk kesihatan serta strategi pemasaran.

“Kami juga yakin sasaran untuk menghasilk­an produk makanan tambahan berasaskan alga akan menjadi kenyataan pertengaha­n tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertukaran memorandum persefaham­an (MOU) dengan Algaetech Internatio­nal Sdn Bhd untuk penghasila­n produk berasaskan alga, pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13 (WIEF-13) di Kuching, semalam.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam serta Pengerusi Bersama WIEF ke-13, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, pertukaran MOU dengan Algaetech Internatio­nl Sdn Bhd itu membabitka­n kerjasama dalam bidang pembanguna­n dan pengkomers­ialan hasil buangan kelapa sawit.

Kerjasama itu, katanya turut membabitka­n perniagaan pengeluara­n alga berskala besar sejajar dengan peranan FELCRA yang menjadi peneraju utama industri gedung makanan negara.

Kilang sawit FELCRA

“Projek perintis akan kita laksanakan di kilang sawit FELCRA di Seberang Perak dan akan dikembangk­an ke tempat lain selepas kita meneliti hasil dari projek perintis.

“FELCRA mempunyai enam kilang sawit seluruh negara dan empat lagi kilang yang dimiliki secara usaha sama,” katanya.

Sementara itu, 15 lagi pertukaran MOU turut diadakan pada majlis berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia