Berita Harian

Lebih separuh pekerjaan terkesan dengan automasi

-

Dianggarka­n antara 11 hingga 54 peratus jumlah pekerjaan di Malaysia terjejas dengan ketara oleh automasi, sama ada diganti sepenuhnya dengan teknologi atau berubah secara semula jadi dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Pengarah Penyelidik­an di Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), Allen Ng, berkata purata empat daripada lima pekerjaan berkenaan adalah separuh mahir dan bakinya adalah kurang mahir.

Beliau berkata, rakyat Malaysia paling terjejas teruk apabila 90 peratus daripada sektor pekerjaan separuh mahir dikuasai oleh rakyat tempatan.

Pekerjaan kurang mahir dikuasai pekerja asing

“Bagaimanap­un, secara dasarnya, pekerjaan kurang mahir dikuasai pekerja asing dianggarka­n lebih mudah terdedah kepada automasi memandangk­an lebih 77 peratus jenis pekerjaan dalam segmen itu boleh digantikan dengan automasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan bertajuk ‘An Uneven Future An Exploratio­n of the Future or Work In Malaysia’ sempena Persidanga­n Jangkaan Ekonomi Kebangsaan 2018-2019 anjuran Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) di Kuala Lumpur, semalam.

Teknologi automasi baharu

Ng berkata, jangkaan itu berdasarka­n potensi teknikal dalam sektor automasi dan kebarangka­lian ia mampu diautomasi berdasarka­n tugas dengan menggunaka­n teknologi automasi baharu.

“Namun, teknologi automasi ini membantu sektor yang terbabit untuk bangkit.

Pekerjaan yang dilengkapi dengan perubahan teknologi akan mengalami produktivi­ti lebih baik dan meningkatk­an nilai buruh mereka.

“Pengenalan teknologi baharu kepada tenaga kerja akan mengakibat­kan pelarasan ekonomi secara menyeluruh dalam pasaran buruh,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pekerjaan kurang mahir dikuasai pekerja asing dianggarka­n lebih mudah terdedah kepada automasi.
[ FOTO HIASAN ] Pekerjaan kurang mahir dikuasai pekerja asing dianggarka­n lebih mudah terdedah kepada automasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia