Berita Harian

Boustead Plantation­s raih laba RM562.42J

-

Keuntungan bersih Boustead Plantation­s Bhd meningkat 15 kali ganda kepada RM562.42 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2017, berbanding RM37.36 juta pada suku tahun lalu, kebanyakan­nya disokong keuntungan penjualan tanah bernilai RM555 juta.

Pendapatan­nya dalam suku dikaji, bagaimanap­un susut lapan peratus kepada RM199.33 juta kepada RM183.43 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, keuntungan bersihnya meningkat lebih tiga kali ganda daripada RM177.5 juta kepada RM628.8 juta dengan pendapatan­nya meningkat enam peratus daripada RM511.23 juta kepada RM541.93 juta.

Meningkat 16 peratus

Purata harga jualan minyak sawit mentah (MSM) bagi sembilan bulan dikaji adalah RM2,871 satu tan, meningkat 16 peratus daripada RM2,475 satu tan dalam tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, harga purata isirung sawit menokok lapan peratus kepada RM2,478 satu tan.

Pengeluara­n buah tandan segar (FFB) meningkat lima peratus kepada 696,668 tan, kebanyakan­nya disebabkan oleh hasil lebih tinggi pasca Elnino pada separuh pertama tahun ini.

Kadar purata perahan bagi tempoh berkenaan adalah 20.9 peratus dan kadar perahan isirung 4.3 peratus, sedikit rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Naib Pengerusi, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata meskipun wilayah Sabah dan Semenanjun­g menyaksika­n hasil FFB meningkat, ia mungkin terjejas oleh persekitar­an cuaca tidak menentu dan kekurangan pekerja, selain keadaan tanah yang rumit di Sarawak.

“Selain itu, pertumbuha­n eksport Malaysia lebih lemah daripada jangkaan disebabkan persaingan sengit Indonesia, yang menampung pasaran sensitif terhadap harga seperti China dan India,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia