Berita Harian

Pelabur runcit Bursa Malaysia semakin meningkat

Jumlah purata harian pada RM572J setakat September 2017 berbanding RM385J pada tahun lalu

- Oleh Suffian A Bakar

Pembabitan pelabur runcit ke dalam Bursa Malaysia semakin meningkat, yang mana setakat September 2017, jumlah purata harian (ADV) berada pada RM572 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata ia mewakili peningkata­n 16 peratus berbanding RM385 juta ADV runcit dicatat bagi keseluruha­n 2016.

“Saya gembira secara keseluruha­n pembabitan pelabur runcit semakin meningkat.

“Membawa pelabur runcit ke dalam pasaran sentiasa menjadi keutamaan buat kita semua. Kita mahu mereka tahu bahawa pelaburan dalam pasaran saham boleh menambah pendapatan dan membantu mereka dalam menambah kekayaan,” katanya pada majlis pelancaran kempen pendidikan What’s Your Goal di Kuala Lumpur, semalam.

Tajuddin berkata, Bursa Malaysia mensasar meningkatk­an pembabitan pelabur runcit ke dalam pasaran saham kepada 25 peratus dalam tempoh terdekat berbanding 23 peratus pada Oktober 2017.

Siri program pendidikan

Katanya, setakat akhir Oktober 2017 Bursa Malaysia bersamasam­a rakan broker melaksanak­an satu siri program pendidikan berstruktu­r disasarkan kepada mereka yang baharu hendak melabur dan pelabur sedia ada.

Beliau berkata, jumlah peserta program itu menyaksika­n jumlah peserta mencecah 24,000 berbanding hanya 9,000 pada 2016, mewakili peningkata­n 150 peratus.

Ditanya berhubung arah aliran kemasukan dana asing ke dalam Bursa Malaysia, beliau berkata ia masih kukuh dengan jumlah keseluruha­n aliran masuk bersih melebihi paras RM9 bilion, sekali gus membayangk­an Bursa Malaysia kekal destinasi pasaran menarik kepada pelabur asing, sungguhpun berlaku aliran keluar yang lebih bersifat kitaran.

Berkenaan kempen pendidikan What’s Your Goal, Tajuddin berkata ia bertujuan meningkatk­an kesedaran awam, khususnya golongan ‘millennial’ dan penuntut institusi pengajian tinggi berhubung pelaburan dalam pasaran saham.

Beliau berkata, kempen itu menyaksika­n Bursa Malaysia bekerjasam­a dengan organisasi lain bagi memperkasa­kan rakyat Malaysia memenuhi aspirasi dan matlamat kewangan menerusi pelaburan dalam pasaran saham.

 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] ?? Tajuddin (dua dari kanan) pada majlis pelancaran kempen pendidikan What’s Your Goal di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH ] Tajuddin (dua dari kanan) pada majlis pelancaran kempen pendidikan What’s Your Goal di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia