Berita Harian

MRCB raih pendapatan sembilan bulan RM2.4 bilion

-

Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB), meraih pendapatan RM2.4 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, menokok 75.5 peratus berbanding RM1.38 bilion yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

MRCB dalam satu kenyataan semalam berkata, bahagian pembinaan, kejurutera­an dan alam sekitar memberi sumbangan kukuh pada tempoh yang dikaji dengan pendapatan­nya meningkat sebanyak 236.7 peratus kepada RM1.61 bilion.

“Keuntungan operasi daripada bahagian meningkat 365.7 peratus kepada RM46.5 juta bagi tempoh berkenaan, dibantu pemulihan margin operasi yang meningkat tahun ke tahun daripada 2.1 peratus kepada 2.9 peratus,” katanya.

Keuntungan sebelum cukai tidak termasuk hasil daripada RM44.4 juta yang diperoleh menerusi pelupusan aset bukan teras pada sembilan bulan pertama 2016, menokok 5.6 peratus kepada RM115.8 juta.

Keuntungan bersih sebanyak RM7.2 juta daripada 50 peratus pemilikan MRCB George Kent Sdn Bhd iaitu Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi projek LRT3 pula tidak mencermink­an margin operasi bahagian, memandangk­an keuntungan itu dibukukan di bawah perkongsia­n hasil usaha sama.

Selepas meraih kontrak terbaru bernilai RM468 juta, kontrak pembinaan dalaman MRCB semasa berjumlah RM6.3 bilion.

Bahagian pembanguna­n hartanah dan pelaburan pula bagaimanap­un merekodkan penurunan hasil sebanyak 9.6 peratus kepada RM660.7 juta.

Projek baharu

“Ini sebahagian besar oleh penyiapan Sentral Residences di KL Sentral dan pembanguna­n Easton Burwood di Melbourne, Australia termasuk beberapa projek baharu yang masih di peringkat pembinaan.

“Oleh yang demikian, keuntungan operasi merosot 38.8 peratus kepada RM112.5 juta, tidak termasuk hasil daripada RM44.4 juta yang diraih daripada pelupusan aset bukan teras.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, berkata syarikat menjangka bahagian pembinaan, kejurutera­an dan alam sekitar akan memainkan peranan dominan dalam prestasi masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia