Berita Harian

Bursa akhiri dagangan tinggi

Keyakinan pelabur runcit berkuranga­n selain pengukuhan ringgit

-

dipengaruh­i oleh penurunan di beberapa saham utama yang bernilai di bawah RM1 dan kaunter bermodal kecil.

Beliau berkata keadaan semakin buruk dengan pengukuhan ringgit yang memberi kesan kepada saham teknologi.

“Pengukuhan ringgit tidak membantu saham teknologi,” katanya.

Mendahului senarai kaunter rugi dalam kalangan kaunter teknologi, MPI susut 34 sen kepada RM13.20 dan Vitrox turun 23 sen kepada RM4.98.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB menokok enam sen kepada RM14.88, manakala Maybank dan Public Bank, masingmasi­ng tidak berubah pada RM9.21 dan RM20.32.

Sime Darby merosot dua sen kepada RM8.97 dan Petronas Chemicals berkuranga­n lima sen kepada RM7.23.

Daripada saham aktif, Sumatec susut setengah sen kepada lima sen dan Trive Property jatuh satu sen kepada tujuh sen, manakala DGB Asia tidak berubah pada 14 sen.

Berjaya Corp dan Palette Multimedia, masingmasi­ng menambah satu sen kepada 40 sen dan 31.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 17.78 mata kepada 12,364.88, Indeks FBMT 100 turun 9.64 mata kepada 12,024.98 dan FBM Ace jatuh 71.57 mata kepada 6,336.59.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkuranga­n 37.529 mata kepada 15,937.73, manakala Indeks Perladanga­n naik 30.68 mata kepada 7,919.31 dan Indeks Perusahaan meningkat 16.67 mata kepada 3,160.64.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menambah kepada 1.52 bilion unit bernilai RM2.23 bilion daripada 1.20 bilion unit bernilai RM2.01 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkuranga­n kepada 512.22 juta saham bernilai RM107.85 juta daripada 543.14 juta saham bernilai RM106.4 juta kelmarin.

Jumlah dagangan waran naik kepada 228.39 juta bernilai RM27.78 juta daripada 222.64 juta unit bernilai RM22.61 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 65.61 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (299.31 juta), pembinaan (75.3 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (633.68 juta), teknologi (225.44 juta), infrastruk­tur (9.24 juta), SPAC (821,500), kewangan (41.86 juta), hotel (2.65 juta), hartanah (141.55 juta), perladanga­n (15.62 juta), perlombong­an (115,500), REITS (12.39 juta) dan dana tertutup (8,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia