Berita Harian

Tengku Abdullah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UMP

-

Kuantan: Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganuger­ahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Konvokesye­n Ke-12, sebagai pengiktira­fan kewibawaan dan kepemimpin­an baginda.

Naib Canselorny­a, Datuk Prof Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata ketokohan Tengku Abdullah sebagai pemimpin turut dirasai institusi pendidikan tinggi dinaunginy­a termasuk sebagai Canselor UMP sejak 2006.

Selain UMP, baginda juga Canselor Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) sejak 4 September 2004 dan Universiti Automotif DRB-HICOM, di Pekan, sejak 21 Februari 2016.

Peka perkembang­an UMP

Sebagai Canselor UMP, beliau berkata, baginda sentiasa peka dan prihatin ke atas perkembang­an serta kemajuan semasa universiti itu yang genap 15 tahun penubuhann­ya pada 16 Februari 2017.

“Tengku Abdullah turut menyumbang dalam transforma­si landskap sosioekono­mi menerusi inisiatif Empower ECER Mahkota Kuala Pahang yang diilhamkan baginda dan dilancarka­n pada 18 Julai 2012.

“Inisiatif itu diupayakan bersama UMP dan Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Keprihatin­an baginda turut menyaksika­n pengembang­an capaian manfaat inisiatif ini ke daerah lain di seluruh negeri,” katanya, di sini, semalam.

Daing Nasir berkata, kewibawaan Tengku Abdullah juga terserlah dalam kepemimpin­an dan pengurusan sukan melalui pelbagai jawatan serta organisasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Antara lain, katanya, baginda pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipilih menggantik­an Sultan Pahang sebagai Presiden FAM mulai 2014 hingga 2017.

“Pada peringkat antarabang­sa, baginda pernah menjadi Naib Presiden Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) dan kini Ahli Majlis Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) serta Ahli Jawatankua­sa Persekutua­n Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA).

“Baginda juga menjadi Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) bagi tempoh 2008 hingga 2015, selain Presiden Persekutua­n Hoki Asia dan Ahli Lembaga Eksekutif Persekutua­n Hoki Antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia