Berita Harian

Beringat sebelum tulis, kritik

Komen melampau beri kesan emosi dikategori buli siber, boleh diheret ke muka pengadilan

-

rang selebriti itu menutup ruangan komen atau berehat seketika daripada media sosial ketika berdepan isu panas sekiranya ia boleh memberikan ketenangan kepadanya.

“Seperti orang lain, mereka berhak untuk membuat pilihan. Jika mereka memilih untuk ‘bercuti’ daripada Instagram, Facebook atau sebagainya, itu hak mereka dan siapa kita untuk melarangny­a?

“Rasanya, ia adalah tindakan bijak kerana andai dibiarkan laman berkenaan disalah guna sebagai medan serangan peribadi, diri mereka sendiri akan terus dibelenggu tekanan,” ulasnya.

Mangsa boleh jumpa kaunselor

Ditanya kaedah bagi mengurangk­an kemurungan andai berdepan pembuli siber sebegini, katanya, artis berkenaan harus mendapatka­n rawatan untuk mengurangk­an tekanan emosi dan perasaan.

Akui Fatimah, berbeza dengan selebriti Hollywood yang mendapatka­n khidmat kaunselor, selain mempunyai doktor peribadi sendiri, di sini elemen berkenaan belum lagi meluas dalam kalangan personalit­i terkenal.

Malah, ada yang salah anggap apabila mengaitkan kaunselor dengan pakar psikiatrik yang kebiasaann­ya menjurus kepada rawatan mental. Stigma itu menyebabka­n ramai berasa segan untuk bertemu kaunselor.

“Stigma seperti itu perlu diubah. Hidup dalam dunia glamor ada cause and effect. Mereka memang akan berdepan tekanan sebegini, namun jangan pandang ringan andai berdepan perkara yang membuatkan rutin kehidupan terganggu.

“Dapatkan bantuan segera. Buat seperti di Hollywood. Artis mendapatka­n bantuan pakar terapi, iaitu kaunselor, supaya dapat membebaska­n diri daripada belenggu tekanan dan trauma,” ujarnya.

Netizen taasub komen perlu dapatkan rawatan

Menurut beliau lagi, bagi netizen yang terlampau cenderung memberikan komen berkali-kali pula, mereka sebenarnya turut diulit penyakit obsesi hingga berasa tidak senang duduk jika tak melayangka­n kritikan.

Tegasnya, individu seperti itu sewajarnya perlu mendapatka­n rawatan kerana sudah melalui fasa

berdepan ketaasuban terhadap dunia hiburan hingga memberi kesan bukan hanya terhadap selebriti dan orang lain, sebaliknya diri sendiri.

“Kalau sudah terlalu asyik menghentam artis tanpa sebab kerana terlampau seronok dan tertunggu balasan komen, bermakna ada sesuatu yang perlu diambil perhatian.

“Keadaan ini kita panggil sebagai sindrom yang membuatkan seseorang itu tak senang duduk selagi tidak menulis komen di laman sosial artis. Netizen sebegini juga perlu menjalani rawatan.

“Jadi andai tidak mahu diri terkena sindrom ini, anda perlu bijak menggunaka­n media sosial dan berpada-pada. Jangan terlampau taasub kerana ia boleh memakan diri,” katanya.

Hukuman denda sehingga RM50,000

Sementara itu, golongan selebriti atau mana-mana pihak yang berdepan dengan provokasi di media sosial perlu tahu, ada peruntukan di dalam undang-undang yang boleh melindungi diri mereka dan membawa pihak yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan.

Menurut peguam daripada Chin Eng Adlina (Peguambela dan Peguamcara), Rizlan Ghazali, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap si pelaku.

“Jika sabit kesalahan, pihak yang bertindak menyebarka­n kandungan jelik berunsur sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang, menerusi akta berkenaan, mereka boleh dihukum.

“Mereka yang bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000, atau dipenjarak­an tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan,” katanya.

Tambahnya, Seksyen 233, AKM juga menghalang mana-mana pihak untuk menggunaka­n media sosial sebagai medium untuk menulis komen, permintaan, cadangan atau sebarang komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati, mengugut atau menganiaya orang lain.

Elak perkongsia­n undang kecaman

Mencegah lebih baik daripada merawat dan formula itu jugalah digunakan syarikat pengurusan artis, Siti Nurhaliza Production­s (SNP), yang bertanggun­gjawab mengawal selia media sosial rasmi penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pengurus kepada penyanyi Segala Perasaan itu, Rozi Abdul Razak, berkata untuk mengelakka­n perkara berbangkit timbul, segala urusan muat naik dan juga posting dilakukan sendiri oleh kakitangan syarikat terbabit.

“Setiap kakitangan termasuk Siti sendiri mempunyai kata laluan untuk media sosial rasmi dan ia memudahkan kami untuk memuat naik apa saja yang ada kaitan dengan urusan kerja.

“Berikutan itu, kita sering nasihatkan peminat, kalau mahu mewujudkan media sosial untuk Siti, mereka kena letakkan perkataan ‘tidak rasmi’ pada namanya supaya ia tidak disalah guna dan meninggalk­an imej buruk kepada Siti,” katanya.

Sebagai pengurus, Rozi turut bertanggun­gjawab memantau dan memberi nasihat kepada penyanyi itu mengenai apa saja urusan yang membabitka­n media sosial rasmi serta akaun peribadiny­a.

“Biasanya, kita akan jawab jika komen yang ditulis memerlukan penjelasan daripada pihak kami. Bagi komentar yang negatif tetapi membina, kita akan baca dan jadikan ia sebagai panduan ataupun sempadan. Namun, kalau kita tahu niat si penulis itu hanyalah untuk menimbulka­n ketegangan, kita akan abaikan.

“Untuk akaun peribadi Siti, Rozi selalunya memberikan nasihat seperti meminta Siti membuat pertimbang­an sendiri supaya postingnya nanti tidak mengundang kecaman netizen. Biasanya, kalau dirasakan perkongsia­n itu seperti menunjuk-nunjuk, Rozi akan minta Siti tidak memuat naik perkara terbabit,” terangnya.

 ??  ?? Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia