Berita Harian

Pengurus kediaman martabat imej amah

Program idea MB Terengganu tawar gaji RM1,000, dilindungi insurans

-

Siapa sangka imej pembantu rumah profesiona­l yang memakai pakaian seragam mempunyai perwatakan menarik dan bekerja dengan sistematik seperti yang sering ditampilka­n dalam telenovela luar negara sebenarnya wujud di Terengganu.

Pekerjaan itu diiktiraf sebagai ‘Home Manager’ (pengurus kediaman) bagi memartabat­kan imej wanita yang menyertai sektor ini dan tidak dinafikan mereka mempunyai kecekapan dalam pelbagai urusan rumah tangga ekoran diberi latihan secukupnya dari semasa ke semasa.

Lebih istimewa, mereka tidak perlu bermalam di rumah majikan seperti kebiasaan rutin pembantu rumah konvension­al dan hanya bekerja mengikut waktu pejabat sahaja atau waktu yang sesuai selepas berunding dengan majikan.

Program khas hasil idea Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mula diperkenal­kan sejak tiga tahun lalu dan mendapat sambutan luar biasa di negeri ini, malah menjadi inspirasi kepada negeri lain.

‘Home Manager’ ini menerima gaji RM1,000 sebulan dan dilindungi insurans serta mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) malah bagi mempromosi program ini, kerajaan negeri turut membantu majikan dengan memberi subsidi RM200 sebulan pada tiga bulan pertama.

Produk YPKT

Antara majikan bertuah yang menyertai program itu ialah Ahmad Huzairi Ali, 36, dan isterinya Majdah Yusof, 34, dari Manir, Kuala Terengganu.

Mengimbas semula kenangan tiga tahun lalu, Ahmad Huzairi berkata, beliau pernah mengalami masalah kerana mendapat pembantu rumah yang tidak serasi bekerja dalam tempoh yang lama, terutama dalam hal penjagaan anak sulungnya yang berusia tujuh tahun yang menghidap Cerebral Palsy.

Beliau pernah menggunaka­n khidmat beberapa pembantu rumah orang tempatan sebelum ini, namun kebanyakan­nya tidak kekal lama dan berhenti dalam masa yang singkat sahaja kerana masalah peribadi.

Ahmad Huzairi akhirnya nekad mahu mengambil pembantu rumah warga Indonesia dan bersedia mengeluark­an wang RM18,000 untuk tujuan itu.

“Namun, selang beberapa hari kemudian, saya terbaca mengenai satu program yang baru diperkenal­kan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT), iaitu pengurus kediaman.

“Program itu bertujuan membantu majikan mendapatka­n khidmat pembantu rumah yang terlatih dan profesiona­l, iaitu produk YPKT,” katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di kediamanny­a barubaru ini.

“Saya sangat bersyukur apabila calon yang disaran YPKT, iaitu Nur Farhani Alias bersetuju untuk bekerja dengan saya dan menjaga dua anak terutama anak istimewa saya, Ahmad Thaqif Amzar,” katanya memulakan bicara.

Waktu kerja fleksibel, gaji lumayan

Nur Farhani, 24, memulakan tugas di rumahnya pada 1 September 2015 dan beliau mengakui kecekapan Nur Farhani dalam menjaga serta menguruska­n keperluan anak istimewany­a itu.

“Apabila kawan dan saudara mara datang berkunjung ke rumah, mereka juga tertarik dengan konsep yang dilaksanak­an YPKT ini dan setakat ini, lima kawan saya sudah mendapatka­n khidmat pengurus kediaman dari YPKT selepas mengalami pelbagai masalah dengan pembantu rumah mereka sebelum ini,” katanya.

Bagi Nur Farhani pula, beliau semakin selesa bergelar pengurus kediaman kerana waktu kerja lebih fleksibel, gaji yang lumayan dan majikan yang sangat memahami dirinya bagaikan keluarga sendiri.

Sebelum ini, beliau bekerja di pasar raya dan mempunyai jadual kerja syif yang kadangkala menyebabka­nnya tidak mempunyai rehat yang cukup malah gaji hanya ‘cukup makan’.

“Sehinggala­h saya terbaca iklan mengenai pengambila­n pengurus kediaman di YPKT, saya tergerak hati mahu memohon pekerjaan itu kerana tertarik dengan inisiatif dan pelbagai kemudahan yang disediakan,” katanya yang perlu menjalani kursus asas selama 10 hari anjuran YPKT sebelum bekerja.

‘Universiti kehidupan’

Nur Farhani tidak menafikan pada peringkat awal, beliau agak kekok menjaga kanakkanak istimewa itu, namun berkat sokongan keluarga Ahmad Huzairi dan belajar kaedah penjagaan yang betul, beliau mula seronok dan tercetus perasaan sayang.

“Mulanya saya menjaga Ahmad Thaqif hanya sekadar menunaikan tugas sahaja, lamakelama­an timbul perasaan sayang kepadanya dan saya ikhlas menjaga makan minumnya serta berusaha menggembir­akan dia sepanjang ketiadaan ibu bapanya ketika keluar bekerja.

“Suami saya, Mohamad Arif Hafizan, juga sentiasa memberi sokongan moral untuk saya memberi perkhidmat­an terbaik di rumah ini dan pastinya pekerjaan ini adalah ‘universiti kehidupan’ saya dalam mengejar citacita membuka TASKA khas untuk kanakkanak istimewa senasib Ahmad Thaqif,” katanya.

 ??  ?? dan melakukan kerja rumah di rumah Ahmad Huzairi ketika ditemui di Manir baru-baru ini.
dan melakukan kerja rumah di rumah Ahmad Huzairi ketika ditemui di Manir baru-baru ini.
 ??  ?? Nur Farhani semakin selesa menjaga anak istimewa
Nur Farhani semakin selesa menjaga anak istimewa
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia