Berita Harian

KPWKM sasar 450 budak ‘dikembalik­an’

85 peratus kanak-kanak di bawah JKM, rumah jagaan swasta ada keluarga: Kajian

- Oleh Mahani Ishak

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletakkan sasaran 450 kanak-kanak di institusi jagaan ‘dikembalik­an’ ke pangkuan keluarga masing-masing sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunannya.

Ketika ini, 1,200 kanak-kanak ditempatka­n di 11 pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 11,000 lagi di 200 pertubuhan swasta di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata usaha itu ke arah pendekatan penjagaan berasaskan keluarga (family based care) bagi menempatka­n kanak-kanak dalam jagaan ibu bapa atau penjaga gantian.

“Kajian mendapati 85 peratus kanak-kanak di bawah JKM dan rumah jagaan swasta mempunyai keluarga dan ditempatka­n di situ kerana kemiskinan, keluarga tidak mampu menjaganya dan perebutan hak penjagaan.

“Justeru, pendekatan penjagaan berasaskan keluarga adalah proses menggantik­an penempatan berterusan di institusi kebajikan supaya mereka dibesarkan keluarga, sempurna kasih sayang dan berada di persekitar­an bahagia,” katanya,

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Persidanga­n Family Based Care De-institutio­nalisation (DI) Ke-5 di sini, semalam.

Pendekatan DI di 34 negara

Persidanga­n bertemakan ‘Dari konsep kepada tindakan’ dirasmikan Penaung Yayasan Orphancare, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dengan pengisian bengkel selama tiga hari dikendalik­an Perunding LUMOS London, Roger Singleton.

Rohani berkata, pendekatan DI dilakukan di 34 negara antaranya United Kingdom, Haiti, Bulgaria, Republik Czech dan Moldova.

“Sejak 2014, JKM bekerjasam­a dengan Yayasan Orphancare berhubung konsep DI yang dilaksanak­an LUMOS, organisasi berpangkal­an di United Kingdom yang menjadi kepakarann­ya.

“Yayasan Orphancare, Yayasan Hasanah, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Lumos London bekerjasam­a melakukan kajian.

“Di Negeri Sembilan menjadi projek perintis untuk penjagaan berasaskan keluarga dijalankan di negara ini sebagai pendekatan holistik dan berbentuk penyelesai­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia