Berita Harian

Minat bahasa Melayu sejak sekolah rendah

Choo Ming turut kuasai tulisan Jawi dalam tempoh dua tahun

- Oleh Siti Haliza Yusop

Kecintaan kepada bahasa Melayu yang bermula sebagai eskapisme untuk mengelak kerumitan tulisan Cina akhirnya membawa Dr Ding Choo Ming menjadi antara pengkaji sastera Melayu terkenal di negara ini.

Choo Ming yang juga bekas Profesor dan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, minatnya kepada bahasa Melayu bermula sejak beliau berada dalam sekolah rendah lagi.

“Saya bersekolah di sekolah Cina, tetapi bagi saya tulisan karakter Cina begitu rumit hingga ia membunuh minat saya untuk mendalamin­ya.

“Begitu juga dengan bahasa Inggeris yang saya dapati mengeliruk­an kerana bentuk ayat past tense dan present tense menyebabka­n saya beralih kepada bahasa Melayu ketika sekolah rendah.

Sangat mudah dipelajari

“Bahasa Melayu sangat mudah dipelajari, meskipun saya sendiri tidak pernah mengenali atau menggunaka­nnya sebelum itu,” katanya ketika ditemui Sastera & Budaya selepas berkongsi pengalaman mengkaji Hikayat Syamsul Anuar karya Raja Aisyah Sulaiman di ATMA di sini.

Meneruskan minatnya dalam bahasa Melayu, Choo Ming yang bersekolah di sekolah cina, menjadi satu-satunya pelajar di sekolah itu yang mengambil mata pelajaran berkenaan bagi peperiksaa­n Malaysia Certificat­e Education (MCE) yang kini dikenali sebagai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengkaji sastera Melayu

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Choo Ming (tiga dari kanan) berkongsi pengalaman mengkaji Hikayat Syamsul Anuar di ATMA, UKM, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Choo Ming (tiga dari kanan) berkongsi pengalaman mengkaji Hikayat Syamsul Anuar di ATMA, UKM, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia