Berita Harian

Perluas pendekatan dakwah melalui pelbagai aktiviti

-

masyarakat moden hari ini masih berlegar kepada dakwah yang hanya difokuskan di surau dan masjid melalui ceramah agama atau kuliah pengajian semata-mata. Hakikatnya, konsep dakwah juga boleh di inovasi dalam pelbagai bentuk dengan tujuan dan matlamat yang serupa iaitu mengajak umat Islam kepada kebaikan serta mencegah daripada kemungkara­n. Dalam kesibukan manusia mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarga, peranan dakwah dalam skop yang luas tidak harus diketepika­n dalam kalangan umat Islam bagi melunaskan tanggungja­wab amar maaruf nahi mungkar yang diamanahka­n.

Mutakhir ini, banyak pendekatan dakwah yang cuba dilaksanak­an secara meluas di negara ini. Antara pendekatan dakwah yang menarik minat penulis untuk dikongsika­n adalah dakwah melalui program kayuhan berbasikal.

Baru-baru ini, penulis menyertai program Sahabat Ride 2017 anjuran Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Islam UPM. Aktiviti ini memupuk gaya hidup sihat dan menyebarlu­askan dakwah kepada komuniti melalui pengedaran risalah berunsur dakwah serta nasihat dan iklan kepada aktiviti mengimarah­kan masjid yang dijalankan.

Program kayuhan berbasikal ini, suatu inovasi dakwah yang seharusnya diperkasak­an penganjura­nnya bagi menggalakk­an masyarakat supaya membuka minda lebih menyeluruh agar konsep dakwah diperluask­an kepada pelbagai peringkat lebih besar.

Inisiatif ini mendapat sokongan semakin padu daripada masyarakat setempat kerana di samping, berdakwah melalui risalah yang diedarkan kepada masyarakat sekitar, program kayuhan berbasikal ini adalah medium untuk merapatkan ukhuwah antara sukarelawa­n terbabit. Agenda utama program ini, mengajak masyarakat mengimarah­kan masjid dengan melaksanak­an solat berjemaah, pada masa sama program ilmiah turut disediakan.

Dekati masyarakat

Masjid dan surau seharusnya berperanan mendekati masyarakat yang masih tidak ramai lagi ingin membuka mata terhadap konsep dakwah yang ditinggalk­an oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Konsep dakwah bukan hanya berlegar dalam satu dimensi sahaja, sebaliknya bersifat dinamik dan inovatif juga menjadi tarikan sebilangan masyarakat terutamany­a belia yang meminati aktiviti sukan seumpama ini. Malah, aktiviti seumpama ini mampu membentuk generasi sihat dan cerdas akal. Selain itu, masyarakat setempat turut mengambil manfaat daripada risalah yang diedarkan sebagai bahan bacaan pada masa lapang dan dapat disebarkan kepada ahli keluarga.

Penulis berpandang­an, inovasi dakwah yang boleh dicadangka­n bagi mendekati komuniti perlu dipergiatk­an secara berkala. Pihak masjid dan surau serta agensi kerajaan harus meneliti peranan dakwah yang perlu dimainkan pada semua peringkat golongan bersesuaia­n dengan pendekatan dakwah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ia boleh dilakukan secara berperingk­at dan memilih tempat strategik bagi merealisas­ikan misi dakwah yang ingin dicapai.

Semua harus memberikan sokongan padu kepada pihak yang ingin membantu menjalanka­n usaha dakwah bersepadu bagi melahirkan umat Islam yang bersatu padu sebagai asas cerminan kepada pembanguna­n agama Islam itu sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia