Berita Harian

AS senarai hitam Korea Utara

Sekatan Perbendaha­raan disegeraka­n, tekanan meningkat ekonomi dan politik rencat program senjata

-

PWashingto­n Perbendaha­raan Amerika Syarikat (AS) ke atas Pyongyang disegeraka­n selepas menambah negara itu dalam senarai hitam pengganas, sebelum ini diketuai Iran dan Syria.

“Ia sepatutnya berlaku lama dulu. Bertahun dulu,” kata Trump.

Beliau memetik kematian seorang pelajar AS yang ditahan di sebuah penjara Korea Utara dan pembunuhan menggunaka­n agen saraf abang Jong-un, Jong-nam di negara asing, atas tindakan itu.

Bagaimanap­un, Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata, sekatan dan diplomasi masih memberi tekanan kepada Jong-un untuk berunding gencatan senjata nuklear.

Tidak akan bertoleran­si

“Kami masih berharap untuk diplomasi,” kata Tillerson menambah, langkah menghukum sudah memberi kesan ketara ke atas ekonomi Pyongyang.

Tiada reaksi segera daripada Korea Utara, namun lidah pengarang akhbar parti pemerintah Rodong Sinmun sebelum pengumuman itu menyifatka­n Trump sebagai ‘pemeras wang sakit mental’ dan mengetuai AS ke ‘jalan tidak dapat ditembusi di neraka.’

Rumah Putih berkata, ia tidak akan bertoleran­si terhadap ujian atau pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) oleh Pyongyang yang berupaya membawa kepala peledak nuklear ke bandar AS.

Pakar percaya, Pyongyang memerlukan tempoh beberapa bulan mencapai sasaran itu, sudah menjalanka­n enam ujian nuklear sejak 2006 serta menguji beberapa jenis peluru berpandu termasuk roket pelbagai peringkat.

Jepun berkata, ia ‘mengalu-alukan dan menyokong’ pengumuman Trump namun Korea Selatan memberi tindak balas terhad.

Kementeria­n Luar Korea Selatan berkata, langkah AS itu adalah ‘sebahagian usaha bersama masyarakat antarabang­sa bagi membawa Korea Utara ke laluan gencatan senjata nuklear menerusi sekatan kukuh dan tekanan.’ Sesetengah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia