Berita Harian

Kesan penyenarai­an negara penaja keganasan oleh AS

-

Dimulakan dengan sekatan besar-besaran Perbendaha­raan AS, bersamaan ‘satu kempen tekanan maksimum.’

Pihak berkuasa AS menganggap penyenarai­an itu yang ditarik balik Presiden George W Bush pada 2008, sebagai cara meningkatk­an tekanan ke atas negara lain dan bank asing yang mungkin gagal menguatkua­sakan sepenuhnya sekatan.

Butiran terperinci sekatan baharu itu belum diumumkan namun pakar menjangka langkah sekunder ke atas bank China, manakala diplomat

Asian berkata, mungkin ada tindakan ke atas pedagang individu Korea Utara yang bekerja di China.

Diplomat berkata, Washington mahu melaksanak­an embargo penuh minyak ke atas Pyongyang namun China belum bersedia menerima tindakan yang mungkin menjurus mengguling­kan rejim Jong-un. penganalis­is memberi amaran tentangan mungkin.

Akan uji pelancaran ICBM

“Saya mengalu-alukan dan menyokong penyenarai­an itu oleh kerana ia menaikkan tekanan ke atas Korea Utara,“kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam.

“Korea Utara akan menganggap­nya sebagai perkara yang hampir ke arah pengisytih­aran perang. Ada kemungkina­n Korea Utara mungkin melakukan tentangan dengan menguji pelancaran ICBM di masa akan datang,” kata Prof Yang Moo-jin dari Universiti Pembelajar­an Korea Utara di Seoul.

Namun pihak berkuasa AS berkata, harapan utama mereka ialah Pyongyang akan mengalah, dalam apa yang digelar Tillerson tekanan meningkat ekonomi dan diplomatik tanpa sekatan, disokong China.

Sementara itu di Beijing, China menggesa usaha tambahan bagi menyelesai­kan krisis nuklear Korea Utara menerusi rundingan.

 ?? [ FOTO EPA-EFE ] ?? Trump Gambar fail menunjukka­n Jong-un bercakap dengan Hwang Pyong-so pegawai kanan tentera ketika pertemuan dengan kader tentera di lokasi rahsia.
[ FOTO EPA-EFE ] Trump Gambar fail menunjukka­n Jong-un bercakap dengan Hwang Pyong-so pegawai kanan tentera ketika pertemuan dengan kader tentera di lokasi rahsia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia